Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

THE BOYS: Foto Pertama Jensen Ackles Sebagai Soldier Boy


Menerusi akaun Twitter, pelakon Jensen Ackles telah kongsikan gambar pertamanya sebagai Soldier Boy dalam musim ketiga siri kegemaran ramai The Boys. Bintang Supernatural itu sebelum telah menggoda peminat dengan mendedahkan pandangan pertama perisai milik karakternya itu. Anda boleh lihat gambar-gambar pertama Soldier Boy dibawah. 

Soldier Boy digambarkan sebagai superhero asal siri The BoysSelepas Soldier Boy berjuang dalam Perang Dunia Kedua, dia menjadi selebriti ‘super’ pertama dan idola dalam budaya masyarakat Amerika berdekad lamanya. 

The Boys adalah gambaran yang tidak sopan terhadap apa yang berlaku apabila wira-wira super, yang popular seperti selebriti, berpengaruh sebagai ahli politik dan dihormati seperti tuhan, menyalahgunakan kuasa-kuasa hebat mereka daripada menggunakannya untuk kebaikan. Tidak berdaya melawan yang super berkuasa, The Boys memulakan penggembaraan hebat mereka untuk mendedahkan kebenaran tentang kumpulan super yang dikenali sebagai “The Seven.”

Siri ini mengekalkan nada komik seperti keganasan dan seksualiti yang melangkaui sempadan sambil meneroka sisi gelap selebriti dan kemasyhuran superhero.

Barisan pelakon terdiri daripada Jack Quaid, Laz Alonso, Tomer Capon, Karen Fukuhara, dan Karl Urban, disamping Erin Moriarty, Antony Starr,  Dominique McElligott, Jessie T. Usher, Chace Crawford, dan Nathan Mitchell. Claudia Doumit dan Colby Minifie kini menjadi pelakon tetap untuk musim ketiga. Bintang Supernatural Jensen Ackles berperanan sebagai Soldier Boy dan Katia Winter sebagai Little Nina. 


Siri ini dicipta oleh Evan Goldberg dan Seth Rogen, bersama pencipta Supernatural Eric Kripke. Musim pertama dan kedua The Boys boleh distrim di Amazon Prime Video.


Related posts

Jensen Ackles Berpotensi Bawa Watak Batman Dalam Filem Terbaru Batman, ‘The Brave and the Bold’

Kakimuvee

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

That Cover Girl & Budak Flat Menjadi Kandungan Tempatan Pertama Prime Video

Kakimuvee

“The Boys” Musim 4 Dedah Pandangan Pertama Sister Sage & Firecracker

Kakimuvee

Produksi THE BOYS Musim 4 Telah Bermula, Jensen Ackles Akan Kembali Sebagai Soldier Boy

Kakimuvee

“Pretty Little Liars: Original Sin” Akan Membuat Debut Di HBO GO Pada 28 Julai Ini

Kakimuvee