Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

That Cover Girl & Budak Flat Menjadi Kandungan Tempatan Pertama Prime Video


Perkhidmatan penstriman video global Prime Video telah mengumumkan senarai kandungan tempatan pertamanya dan pengalaman pengguna setempat untuk pelanggan di Malaysia. Senarai kandungan tempatan baharu termasuk dua Amazon Originals, That Cover Girl dan Budak Flat, yang akan dilancarkan akhir tahun ini.

Pengumuman itu menunjukkan komitmen Prime Video untuk melabur di Malaysia dan komuniti kreatif di seluruh Asia Tenggara. Dengan yuran bulanan sebanyak RM25, selepas percubaan promosi tujuh hari, pelanggan di Malaysia boleh mendaftar untuk Prime Video dan menikmati pilihan hiburan yang hebat, daripada Originals tempatan dan dari kandungan tempatan hingga filem dan siri TV Amazon Original global seperti filem AIR yang mendapat pengiktirafan kritikal dan filem thriller pengintip penuh aksi Citadel yang dibintangi oleh Richard Madden dan Priyanka Chopra Jonas.

Pelanggan Prime Video juga mempunyai akses kepada kandungan Korea seperti Tale of the Nine Tailed 1938, dan Jinny’s Kitchen; anime popular seperti Demon Slayer dan Mashle; kandungan Amazon Originals Bollywood seperti Mirzapur, Made in Heaven, dan Farzi; dan banyak lagi kandungan popular dari Hollywood.

Pengguna Prime Video boleh menstrim, memuat turun dan menonton pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan pengalaman pengguna setempat, tersedia dalam Bahasa Melayu, melalui aplikasi Prime Video pada peranti mudah alih, tablet, TV Pintar yang serasi atau dalam talian di PrimeVideo.com.

“Kami teruja untuk meningkatkan pelaburan kami untuk pelanggan di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara. Dengan senarai kandungan tempatan pilihan yang disusundan disesuaikan untuk penonton Malaysia, kami komited untuk menyediakan pengalaman hiburan terbaik kepada pelanggan Prime Video tempatan,” kata David Simonsen, pengarah Prime Video, Asia Tenggara.


“Kami berbesar hati untuk membawa filem dan rancangan Malaysia kepada bukan sahaja penonton di Malaysia, tetapi pelanggan di seluruh rantau dan seluruh dunia, dan kami sentiasa mencari untuk bekerjasama dengan bakat terbaik untuk mencipta kandungan menghiburkan yang relevan dengan penonton tempatan kami yang memiliki citarasa yang pelbagai.”

Kedua-dua kandungan Original That Cover Girl dan Budak Flat akan dilancarkan di Prime Video di Malaysia dan di wilayah terpilih di seluruh dunia akhir tahun ini. Untuk lebih banyak kemas kini, ikuti Prime Video Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan YouTube. Strim di mana-mana, pada bila-bila masa di primevideo.com atau muat turun applikasi Prime Video di Google Play, Apple Store, dan Microsoft.


Related posts

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4 

Kakimuvee

Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!  

Kakimuvee

Hairul Azreen Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee