Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Soffi Jikan Kecewa Dipinggirkan dan Kehilangan Kawan

Akibat terpalit dengan beberapa kontroversi yang melibatkan isu penyalahgunaan dadah serta isu berkaitan dengan Datuk Farid Kamil, pelakon Soffi Jikan mengalami hari-hari sukar apabila gagal mendapat tawaran berlakon, serta beberapa projeknya ditarik balik.

Menurut laporan dariĀ laman webĀ Gempak,Ā pelakon tersebut turut mengalami masalah untuk muncul dalam rancangan televisyen dan juga dipinggirkan rakan-rakannya.

“Saya juga tidak boleh terbabit dalam sebarang program di kaca televisyen. Saya tidak pasti sama ada nama disenarai hitam kerana tidak ada hitam putih. Saya pulak jenis malas nak bertanya dan tidak suka merungut. Nak buat saya, buatlah.

“Dalam masa sama, kawan juga ramai yang lari. Kalau saya hubungi atau menghantar mesej, mereka tidak jawab. Dari situ saya tahu siapa kawan sebenar”

Soffi Jikan kini sedang terlibat dalam projek terbarunya yang berjudulĀ Jodoh Syaitan.Ā Filem yang diarahkan olehĀ Ismail Bob Hasim itu turut dibintangi olehĀ Aprena Manrose, Wan Hanafi Su, Abam Bocey, Jay Iswazir dan Fauziah Nawi.

Jodoh SyaitanĀ akan memulakan penggambarannya pada 18 Julai ini dengan modal pembikinan kurang dari RM1 Juta. Lokasi penggambaran akan bertempatĀ di sekitar Pasir Puteh, Kelantan dan Jertih, Terengganu

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Mengubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Kakimuvee

Polis Evo 3 Kutip RM1.3 Juta Pada Tayangan Awal

Kakimuvee

Pengusaha Panggung Wayang Nafi Sabotaj Filem Anwar: The Untold Story

Kakimuvee

That Cover Girl & Budak Flat Menjadi Kandungan Tempatan Pertama Prime Video

Kakimuvee

Astro Shaw Lancar Trailer Rasmi Pertama ‘Polis Evo 3’

Kakimuvee

Leave a Comment