Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Nick Fury” Bakal Muncul Dalam Filem Spider-Man: Far From Home

Samuel L. Jackson mungkin akan muncul dalam filem Spider-Man: Far From Home? itulah yang sedang bermain difikir para peminat ketika ini selepas pelakon tersebut memuatnaik beberapa gambar berserta status “kembali pada biasa” di laman Instagram miliknya.

“Back to the familiar, the comfortable, the lovably fierce! Loving today’s” 

Jika anda lihat Instagram miliknya dibawah, kita boleh lihat pelakon tersebut kini sedang berada di United Kingdom berdasarkan ‘tag’ lokasi yang menandakan lokasi di Watford, UK. Malah antara gambar yang ditunjukkan adalah rambut palsu yang dipercayai digunakan untuk penampilan berjambang Fury sepertimana penampilannya dalam filem-filem Marvel lain, kad nama yang tertera nama agensi S.H.I.E.L.D, penutup mata serta wajah yang menunjukkan matanya berparut.

Sebagai informasi, penggambaran filem Spider-Man: Far From Home kini sedang dilakukan di UK dan berdasarkan status dan gambar terbaru Samuel L. Jackson, berkemungkinan besar beliau akan muncul dalam filem tersebut sebagai Nick Fury.

Apapun kita nantikan pengesahan dari pihak produksi mengenai penglibatan Samuel L. Jackson dalam filem ini.

Spider-Man: Far From Home merupakan filem kedua Spider-Man dalam dunia Marvel Cinematic Universe dalam merupakan filem pertama Fasa 4 Marvel. Ianya akan ditayangkan pada 5 Julai 2019.

 

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment