Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sarah Desjardins & Cameron Monaghan Membintangi Filem Terbaru Disney ‘Tron: Ares’


Bintang Yellowjackets Sarah Desjardins dan pelakon Cameron Monaghan disahkan membintangi filem sci-fi terbaru Disney Tron: Ares. 

Bagaimanapun, watak kedua-dua pelakon itu masih belum didedahkan. 

Desjardins dan Monaghan akan menyertai barisan pelakon seperti  Jared Leto, Evan Peters, Jodie Turner-Smith, dan Greta Lee.

Penggambaran Tron: Ares dijangka bermula pada Ogos ini. Namun ianya bergantung pada perbincangan antara kesatuan pelakon dan studio dan perkhidmatan streaming utama Hollywood. Dilaporkan, Persatuan Pelakon Skrin AS akan mengadakan mogok jika gagal mendapat penyelesaian dengan studio dan perkhidmatan streaming utama di Hollywood

Tron: Ares adalah filem ketiga dalam francais Tron, selepas filem pertama tahun 1982 dan Tron: Legacy pada 2010. 


 Joachim Rønning akan mengarahkan filem ketiga berdasarkan skrip yang ditulis oleh Jesse Wigutow dan Jack Thorne, manakala Leto akan berfungsi sebagai penerbit. 

Filem terbaru itu juga akan berpusat pada Ares, sebuah program watak/komputer baharu yang dimainkan oleh Leto. Plot itu dilaporkan berkisar tentang perjalanan Ares dari dunia digital ke dunia manusia. 

Setakat ini, tarikh tayangan Tron: Ares masih belum didedahkan.


Related posts

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee

Disney Kerugian AS$900 Juta Selepas Kegagalan Box Office Beberapa Filem Terbarunya

Kakimuvee

Review Filem: Elemental (2023)

Kakimuvee

[TRAILER] Pixar Tampil Dengan Filem Animasi Penggembaran Terbaru Bertajuk ‘Elio’

Kakimuvee

Pemenang Oscar Akan Arahkan Filem Live-Action ‘Bambi’

Kakimuvee