Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial TrailerStreaming

Saksikan Klip Terbaru ‘The Witcher’ Musim 3 Yang Menampilkan Geralt, Yennefer, & Ciri


Netflix telah mendedahkan klip terbaru dari aksi fantasi popular The Witcher musim 3, yang menampilkam Geralt, Yennefer dan Ciri, yang menghabiskan masa mereka bersama dan hidup seperti sebuah keluarga. 

Video itu juga turut memaparkan ancaman yang bakal menimpa mereka dan takdir Ciri yang mengaitkannya dengan sesuatu yang gelap dan jahat. 

Siri ini dijadualkan tayangan di Netflix pada 29 Jun, anda boleh tonton video klip tersebut dibawah:

The Witcher Musim 3 Bab 1 mengandungi lima episod, dan akan memulakan tayangan perdana di platform perkhidmatan Netflix pada 29 Jun ini. Bab kedua akan merangkumi episod enam hingga lapan, dan akan dilancarkan pada 27 Julai 2023.

“Ketika raja, ahli sihir dan raksasa di Continent bersaing untuk menangkapnya, Geralt membawa Ciri bersembunyi, bertekad untuk melindungi keluarganya yang baru bersatu semula daripada mereka yang mengancam untuk memusnahkannya,” menurut sinopsis Musim 3.


“Diamanahkan dengan latihan ajaib Ciri, Yennefer membawa mereka ke kubu terlindung Aretuza, di mana mereka berharap untuk membongkar lebih banyak tentang kuasa gadis itu yang belum diterokai; sebaliknya, mereka mendapati mereka telah mendarat di medan perang rasuah politik, sihir gelap dan pengkhianatan. Mereka mesti melawan, mempertaruhkan segala-galanya – atau berisiko kehilangan satu sama lain selama-lamanya.

Musim ketiga akan datang menyaksikan penampilan terakhir Henry Cavill sebagai Geralt Rivia. Tempatnya akan diganti dengan pelakon Liam Hemsworth.

Berdasarkan novel oleh Andrzej Sapkowski, The Witcher dicipta dan diterbitkan oleh Lauren Schmidt Hissrich, yang turut berkhidmat sebagai ‘showrunner’.


Related posts

Raikan Musim Raya Dengan Rancangan Menarik Di Prime Video April Ini!

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee