Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial TrailerStreaming

Marvel Keluarkan Klip Terbaru ‘Secret Invasion’ Yang Menampilkan Nick Fury & Maria Hill


Marvel Studios telah mengeluarkan klip terbaru Secret Invasion, yang menampilkan Samuel L. Jackson dan Cobie Smulders. Siri ini akan tersedia untuk penstriman pada 21 Jun 2023. 

Video tersebut memaparkan Nick Fury dan Maria Hill ketika mereka bermain papan catur sambil membincangan ancaman besar yang bakal dihadapi mereka. Hill mempersoalkan kredibiliti Fury dalam mengendali masalah sejak dia mula berubah selepas ‘The Blip.’

Anda boleh tonton video klip tersebut dibawah:

Secret Invaision menyaksikan Fury yang perlu bergabung dengan sekutunya untuk menghentikan pencerobohan Skrull dan menyelamatkan dunia. 

Siri terbaru Marvel Disney+ ini akan memulakan tayangan perdana pada 21 Jun 2023, dengan episod baharu akan ditayangkan setiap Rabu sehingga siri finale pada 26 Julai 2023.


Veteran MCU yang terdiri daripada Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Cobie Smulders, Martin Freeman, dan Don Cheadle akan kembali meneruskan peranan mereka.

Siri itu juga akan memperkenalkan watak-watak baru yang dilakonkan oleh ingsley Ben-Adir, Emilia Clarke, dan Olivia Colman


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee