Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Saksikan Mesej Padu J. Jonah Jameson Kepada Spider-Man


Dalam filem Spider-Man: Far From Home yang lalu, aktor J.K. Simmons telah membuat kejutan dalam babak post kredit dengan memainkan peranannya sebagai J. Jonah Jameson, watak ikonik dalam komik mahupun filem Spider-Man.

Kemunculan J.J. Jameson telah memberikan satu babak yang mencipta hala tuju filem Spider-Man seterusnya (sebelum Spider-Man dikeluarkan dari Marvel Cinematic Universe) dimana identiti sebenar Spider-Man telah terbongkar.

Bersempena promosi jualan versi digital dan Blu-ray / DVD Spider-Man: Far From Home, Sony Pictures (menerusi IGN) telah mendedahkan sebuah video yang memaparkan karakter J.J. Jameson memberi mesej yang pedas kepada Spider-Man dengan mengatakan Mysterio adalah superhero sebenar, bukan Spider-Man. Anda boleh saksi mesej padu J.J. James dipemain video dibawah.

Spider-Man: Far From Home ditetapkan selepas kejadian Avengers: Infinity War dan Avengers 4 yanga menyaksikan Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ ke Eropah.

Filem ini dibintangi oleh Tom Holland yang memainkan peranan utama sebagai Peter Parker / Spider-Man, Zendaya, Marisa Tomei, dan Jake Gyllenhaal yang akan membawakan karakter Mysterio. Turut membintangi filem ini adalah Cobie Smulders yang membawakan watak sebagai ejen Maria Hill dan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.


Spider-Man: Far From Home boleh didapati dalam versi digital manakala versi blu-ray dan DVD akan dilancarkan pada 1 Oktober ini.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee