Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tentera AS Beri Arahan Kepada Anggotanya Untuk Ambil Langkah Berjaga-Jaga Sempena Tayangan Pembukaan Joker

Beberapa hari sebelum tayangan bermula, filem Joker sudah mula menimbulkan kebimbangan dikalangan penonton tentang berkemungkinan berlakunya tembakan rambang dipawagam dari kumpulan “Incels”, yang obses dengan karakter Joker.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat sebelum ini dilaporkan telah membongkar beberapa perkongsian kumpulan terbabit di media sosial yang merancang aktiviti keganasan sempena tayangan pembukaan filem DC itu. FBI dengan kerjasama pasukan keselamatan kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk memantau perkembangan dan mengetatkan kawalan.

Bagi pihak tentera Amerika Syarikat, mereka telah mengarahkan agar anggota tentera bersiap sedia dan mengenal pasti laluan kecemasan apabila berada dipawagam. Jika berlaku tembak-menembak, dia diminta untuk “melarikan diri, bersembunyi dan mempertahankan diri”.

Menurut jurucakap tentera AS, arahan tersebut adalah pekara rutin bagi menjamin keselamatan anggota mereka semasa bekerja atau bercuti

“Kami melakukan ini secara rutin kerana keselamatan dan keselamatan tenaga kerja kami sangat penting, dan kami mahu tenaga kerja kami bersedia demi keselamatan di dalam tempat kerja dan diluar,”

Untuk info, “Incels” merujuk kepada “involuntary celibate”, subkultur atas talian yang terdiri daripada kumpulan lelaki. Mereka ini merasakan patut diberi peluang dalam hubungan romantik atau mencari pasangan hidup, namun tidak dapat memilikinya. Mereka beranggapan, diri mereka tersisih dari masyarakat dan cenderung untuk bertindak ganas, rasis dan kelakuan misoginistik.

FBI menjelaskan, golongan ini obses dengan karakter Joker dimana berpura-pura untuk hidup gembira, tetapi sebenar menentang perbuatan buli.

Joker masih akan ditayangkan di AS pada minggu hadapan walaupun mendapat ancaman keganasan.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment