Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem : Guests (2019)


Review Filem : Guests (2019) *AMARAN SPOILER!!*

Sebuah filem seram daripada Russia yang telah dialih bahasa kepada English kini menemui peminat filem seram di pawagam serata Malaysia.

Mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang telah memecah masuk ke sebuah rumah usang di sebuah kawasan tanpa menyedari bahawa rumah sebenarnya masih mempunyai pemilik dan juga berpenunggu.

Mereka memecah masuk dan melakukan pelbagai aktiviti mengikut kesukaan mereka dan perkara ini tidak disenangi oleh salah seorang daripada mereka.

Pemilik rumah tersebut akhirnya memunculkan diri dan mengarahkan mereka semua untuk keluar dari rumah tersebut namun tidak diendahkan mereka dan mereka telah bertindak memukul tuan rumah tersebut dan menguncinya di sebuah ruangan bawah tanah.


Penunggu di rumah tersebut tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh remaja remaja tersebut dan kini mereka telah dihantui oleh penunggu rumah tersebut. Seorang demi seorang terbunuh sementara yang masih hidup mencari jalan untuk keluar dari kawasan tersebut dan menyelamatkan diri.

Filem ini masih mengekalkan identiti ke”Russia”an-nya dengan mengekalkan vibe seram dingin yang dapat dilihat melalui visualisasi mereka dan juga jump scare yang diberikan juga adalah jumpscare ala Russia.

Jalan cerita yang dibina dengan perlahan dan tenang mungkin boleh menimbulkan rasa bosan sesetengah penonton. Hal ini ditambah pula dengan “derailment” yang dilihat makin ketara dimana pada asalnya filem ini adalah berkenaan pemujaan syaitan yang nampak menyeramkan namun bertukar kepada kisah cinta antara dua individu.

Tiada apa yang dilihat istimewa dalam filem Guests kali ini walaupun begitu ia masih lagi berbaloi untuk ditonton sekiranya anda tiada apa yang ingin dilakukan di hujung minggu selain tidur.

Rating Kakimuvee : 5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee