Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

The Witcher Tidak Akan Diadaptasikan Dari Pemainan Video


Sebelum menjadi permainan video terkenal dikalangan para pemain permainan video, The Witcher merupakan siri novel yang ditulis oleh penulis berbangsa Poland, Andrzej Sapkowski. Sebanyak 8 siri novel pernah dihasilkan dan Netflix berharap, adaptasi dari novel karya Sapkowski ini akan menjadi seperti siri ‘Game of Thrones’ versi mereka sendiri.

Jika mereka merancangkan untuk menghasilkan siri televisyen The Witcher dalam tempoh masa yang panjang, terdapat kemungkinan mereka akan kehabisan bahan untuk diadaptasikan. Tetapi menurut showrunner, Lauren Schmidt Hissrich, jika masa ia sudah sampai untuk tamat, mereka tidak akan mengadapatasikan bahan rujukan dari permainan video untuk diadaptasikan ke siri televisyen.

“Extreme long vision is no, we will not start adapting the games,”

“I can only attack one season at a time, I’m so excited for this one, the rest kind of makes my mind explode right now. If someone says ‘what happens in Season 7,’ sure I have thoughts. Fingers crossed, we get there.”

The Witcher diadaptasikan dari novel berjudul sama karya Andrzej Sapkowski. Ia mengisahkan tentang Geralt of Rivia, pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa.


Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara di Benua yang semakin tidak menentu.

Siri televisyen ini dibintangi bekas pelakon filem Man of Steel, Henry Cavill yang akan membawakan peranan utama siri tersebut sebagai Geralt of Rivia, Freya Allan sebagai Princess Ciri dan Anya Chalotra sebagai Yennefer of Vengerberg

The Witcher akan bersiaran di platform Netflix pada tahun hadapan.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee