Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Percutian Di Pulau Yang Indah Bertukar Menjadi Mimpi Ngeri, Saksikan Trailer Fantasy Island Disini.


Dari penerbit Get Out dan Halloween, peminat bakal menyaksikan sebuah lagi filem thriller berjudul Fantasy Island lakonan Michael Pena yang akan memainkan peranan sebagai Mr. Roarke. Anda boleh saksikan trailer dan poster filem dibawah.

Fantasy Island berkisarkan tentang Mr. Roarke yang membuatkan segala impian rahsia pengunjungnya di resort mewah yang terletak di sebuah pulau tropikal terpencil menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, ia tidak seindah yang disangka apabila fantasi berubah menjadi mimpi ngeri. Untuk mencari jalan keluar dan meneruskan hidup, pengunjung-pengunjung tersebut perlu menyelesaikan misteri pulau itu terlebih dahulu.

Filem ini diarahkan oleh Jeff Wadlow berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Chris Roach dan Jillian Jacobs. Jason Blum akan bertindak selaku penerbit menerusi syarikat penerbitannya, Blumhouse Production. Wadlow dan Ryan Turek bertindak selaku penerbit eksekutif dan Matt Milan mewakili Sony Pictures.

Turut menyertai barisan pelakon adalah  Lucy Hale (Truth or Dare), Jimmy O. Yang (Silicon Valley), Charlotte McKinney (Flatliners, Baywatch), Parisa Fitz-Henley (Luke Cage, Jessica Jones), Austin Stowell (Catch 22), Maggie Q (Divergent film franchise), Portia Doubleday (Carrie), dan Ryan Hansen (Friday the 13th).

Fantasy Island akan menemui penonton pada 27 Februari 2020



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Reboot Spawn Akan Menjadi ‘Filem Superhero Versi Blumhouse’

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee