Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Foto Set Penggambaran The Falcon and The Winter Soldier Dedahkan Spoiler U.S Agent?

Penggambaran siri Marvel Disney+ The Falcon and the Winter Soldier diteruskan dengan pendedahkan beberapa gambar terbaru diset penggambaran.

Antaranya adalah gambar yang berlatarbelakangkan suasana di dalam stadium berserta pentas yang akan digunakan untuk memperkenalkan ‘Captain America’ yang baru iaitu U.S Agent. Berdasarkan rekabentuk pentas tersebut, berkemungkinan besar ia adalah simbol propaganda rasmi untuk U.S Agent.

Jelas sekali, kerajaan US akan berada di belakang John Walker a.k.a U.S Agent sebagai pengganti Steve Rogers, tetapi dengan Sam Wilson memegang perisai yang diberikan Rogers, ia bakal menimbulkan beberapa pertembungan.

Sementara itu, dalam gambar yang berasingan, kelihatan pelakon Adepero Oduye menyertai barisan pelakon siri The Falcon and The Winter Soldier. Khabar angin mengatakan, Oduye akan memainkan peranan seseorang yang rapat dengan Sam Wilson, sama ada kakaknya iaitu Sarah Wilson atau Leila Taylor, teman wanita adiwira itu dalam versi komik.

The Falcon and The Winter Soldier dibintangi Anthony Mackie dan Sebastian Stan yang akan membawakan watak mereka dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Sam Wilson a.k.a Falcon dan Bucky Barnes a.k.a Winter Soldier.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Daniel Bruhl dan Emily VanCamp yang meneruskan peranan mereka sebagai Helmut Zero dan Agent Sharon Carter serta pendatang baru dalam dunia MCU, Wyatt Russell yang memainkan peranan sebagai U.S Agent.

Setakat ini, plot masih lagi tidak diketahui, tetapi menurut penulis Derek Kolstad, siri ini akan memiliki aura seperti francais John Wick.

The Falcon and The Winter Soldier akan bersiaran sebanyak 6 episod dan akan disiarkan di Disney+ mulai Ogos tahun hadapan.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment