Berita

The Batman Tambah Satu Lagi Villain, John Turturro Sebagai Carmine Falcone

Views

Matt Reeves terus menambah barisan pelakon filem The Batman arahannya. Kali ini, dia membawa masuk pelakon John Turturro (The Big Lebowski) untuk memainkan watak ketua gangster yang sangat kejam, Carmine Falcone. Reeves mengumumkan penyertaan Turturro menerusi laman Twitter miliknya.

Ketua penjenayah Bandar Gotham itu pernah muncul dilayar perak menerusi filem Batman Begins dan dilakon oleh Tom Wilkinson. Karakter tersebut pertama kali diperkenalkan menerusi komik Batman: Year One dan memainkan peranan penting dalam jalan cerita komik Batman: The Long Halloween. 

The Batman kini dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne / Batman, Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon.

Skrip The Batman ditulis oleh Reeves sendiri bersama-sama Mattson Tomlin. Penggambaran dijangka bermula pada Januari 2020 di UK dan akan menemui penonton pada 25 Jun 2021.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks