Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Peminat Lancar Petisyen Desak Sekuel “Alita: Battle Angel” Dapat Dihasilkan


Walaupun Alita: Battle Angel ditunjangi legenda Hollywood James Cameron, serta dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Christoph Waltz, Mahershala Ali dan Jennifer Connelly, filem adaptasi manga Jepun itu mengalami kesukaran di arena box office seluruh dunia.

Filem arahan Robert Rodriguez mungkin dipuji dari segi kesan visual dan adegan aksinya, namun dari segi penceritaan dan lakonlayar, ianya tetap dikritik para peminat serta pengkritik filem.

Dari segi kejayaan kewangan, Alita: Battle Angel hanya mampu meraih $85 juta dolar di pasaran domestik Amerika Syarikat, mujur pasaran antarabangsa banyak membantu dari segi kutipan tiket apabila berjaya meraih $319 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan tiket mencecah $404 juta dolar.

Kegagalan dipentas box office domestik AS sudah cukup membuatkan studio 20th Century Fox berkira-kira untuk menghasilkan sekuel, meskipun peminat berharap filem kedua Alita: Battle Angel dapat diteruskan.

Berdasarkan laporan dari laman CinemaBlend, sebanyak 64,000 peminat sudah menandatangani petisyen dilaman Change.org yang mendesak pihak studio agar menghasilkan sekuel Alita, dan mereka kini mensasarkan tandatangan sebanyak 75,000.


Sudah tentu, Rodriguez dan Cameron telah memberi ‘hint’ tentang filem kedua Alita, dan bintangnya, Rosa Salazar juga turut berkempen untuk filem sekuel, kini segalanya bergantung kepada Fox sama ada untuk meneruskannya ataupun tidak.

Apapun, kita nantikan perkembangan mengenai francais Alita: Battle Angel dimasa akan datang.


Related posts

James Cameron Sahkan Sekuel Alita: Battle Angel Sedang Dibangunkan

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd