Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19


Pelakon veteran Indonesia, Farida Pasha dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan virus COVID-19, pada Sabtu yang lalu.

Menurut laporan CNN Indonesia (via Astro Awani), berita duka mengenai kematian Farida, 68, yang terkenal dengan watak ‘Mak Lampir’ disampaikan oleh cucunya, Ify Alkyssa menerusi kemaskini di ‘Instagram Story’.

“Assalamualaikum. Telah kembali ke Rahmatullah ibunda atau nenek kami, Hajjah Farida Pasha binti Ali Husen pada 16 Januari 2021 pada jam 7.35 malam (waktu tempatan),” demikian katanya dalam entri tersebut, pada Ahad.

Laporan tersebut itu menambah, Ify turut memohon kepada semua pihak agar menitipkan doa buat Allahyarham neneknya.

“Terima kasih atas segala bentuk perhatian, dukungan, dan doa yang telah disampaikan selama beliau (nenek) sakit hingga saat terakhirnya,” ujarnya lagi.


Untuk info, Farida dilahirkan di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia pada 21 Ogos 1952.

Allahyarham membintangi lebih 50 filem dan namanya mula meningkat naik selepas membintangi filem Guna-Guna Istri Muda bersama aktor Roy Marten dan Rina Hashim.

Kali terakhir Allahyarham Farida muncul di layar perak adalah dalam filem The Secret Suster Ngesot Urban pada 2018.

Allahyarham memegang watak Mak Lampir menerusi sinetron bersiri, Misteri Gunung Merapi yang ditayangkan selama tujuh tahun.

 
 

Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pengarah Terkenal Korea, Kim Ki Duk Meninggal Dunia Kerana Komplikasi COVID-19

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee