Review

Review Filem Netflix: Always Be My Maybe (2019)

Views

Filem bergenre romantik komedi ini telah mula disiarkan di Netflix bermula 31 May 2019. Skrip untuk filem ini dihasilkan sendiri oleh 2 orang pelakon utama filem ini dan diarahkan oleh Nahnatcha Khan. Filem ini mengisahkan tentang sepasang sahabat karib bernama Sasha dan Marcus yang sentiasa bersama dari kecil hingga ke alam remaja kerana mereka tinggal berjiran malangnya sebuah pertengkaran telah berlaku diantara mereka dan membuatkan mereka berpisah. Didalam filem ini banyak  mengetahkan nilai Asian-American lifestyle kerana kedua-dua watak utama dalam filem ini adalah berketurunan Asia.

Selepas 16 tahun mereka membawa haluan masing masing, Sasha telah menjadi Chef terkenal di New York dan mempunyai kehidupan yang serba mewah tetapi tidak untuk Marcus dimana dia masih tinggal bersama orang tuanya di Los Angeles dan bekerja sebagai tukang servis penghawa dingin bersama ayahnya.

Suatu hari Sasha dikehendaki untuk pulang kejiranan lamanya di Los Angeles untuk membuka satu lagi restoran baru dan secara tidak sengaja telah bertemu semula dengah Marcus yang datang kerumah sewanya untuk memasang penghawa dingin. Bermula detik itulah mereka seperti didalam dilemma sama ada untuk berkawan semula atau tidak. Sasha juga baru sahaja memutuskan hubungan dengan tunangnya jadi ini membuatkan dia berniat untuk mencari kekasih baru untuk berumah-tanga. Marcus ternyata masih mencintai Sasha tetapi dia seakan-akan tidak mampu untuk meluahkannya kerana membimbangkan perbezaan darjat mereka berdua dan ini membuatkan hubungan mereka renggang semula.

Dari segi “storyline”nya filem ini agak ringkas dan mudah difahami dimana ianya menguatkan lagi kenyataan dimana “Lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi kawan rapat dimana salah seorangnya pasti akan memendam rasa terhadap kawan baiknya itu”. Pengenalan untuk setiap watak juga dihasilkan dengan begitu baik, idea jalan cerita yang segar dan tidak terlalu keterlaluan. Harus diingatkan terdapat beberapa “kissing scene” didalam filem ini jadi tidak sesuai untuk ditonton bersama kanak-kanak.

BACA:  The Fate of the Furious Review

Watak Sasha iaitu seorang Chef yang terkenal dan menjalani kehidupan mewah dilakonkan oleh Ali Wong, seorang “stand up comedian” di USA berjaya dibawa dengan baik dibintangi bersama dengan Randal Park yang membawa watak Kim. Randal Park dikenali melalui filem-filem terkenal yang lain antaranya Aquaman,Ant-Man dan The Interview membawa watak dengan cukup ringkas sebagai warga marhaen di Los Angeles menjalai liku liku kehidupan serba serdahana. Konflik karakter yang diketengahkan dalam filem ini mudah difahami dan tidak membosankan membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya.

Kredit harus diberikan untuk pelakon Keanu Reeves juga dengan cameo yang agak lama selama kira-kira 15 minit didalam filem ini. Keanu membawa watak dirinya sendiri dan Marcus juga ada menyebut nama nama filem Keanu Reeves seperti The Matrix, Speed dan John Wick dan ini membuatkan penonton tergamam dengan watak humble Keanu terhadap mereka berdua.

Secara keseluruhannya, “Always Be My Maybe” adalah sebuah filem komedi yang ringkas dan segar dihasilkan telah berjaya membawa mesej bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi “bestfriend” dan perasaan cinta dan kasih sayang membuatkan kita sanggup menerima pasangan kita seadaanya.

BACA:  Review Midnight Sun

Rating Kakimuvee: 7/10.

Tinggalkan Balasan

shares