Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Martian Manhunter Sepatutnya Diperkenalkan Dalam Filem Justice League Versi Zack Snyder

Tidak menjadi rahsia lagi bahawa Zack Snyder memiliki perancangan yang cukup rapi untuk filem Justice League. Namun, segala-galanya tidak berjaya direalisasikan apabila dia terpaksa meninggalkan filem tersebut dipertengahan jalan, dan diambil alih Josh Whedon.

Berdasarkan perkongsian terbaru Snyder menerusi laman Vero, peminat sepatutnya dapat melihat satu lagi karakter DC iaitu Martian Manhunter diperkenalkan dilayar perak. Lakaran papan cerita yang dikongsikan Snyder itu mendedahkan bahawa Harry Lennix sepatutnya akan menjadi Martian Manhunter, sesuatu yang disyaki peminat sejak filem Man of Steel.

Snyder turut mendedahkan, dia telah merakam babak untuk Martian Manhunter, dan ingin melibatkan Harry Lennix semasa sesi penggambaran di Los Angeles. Namun, rakamannya mungkin telah dibuang oleh Warner Bros. ketika Joss Whedon membuat sesi rakaman semula dan menulis beberapa beberapa babak baru untuk filem Justice League.

Anda boleh lihat lakaran papar cerita yang dikongsikan Snyder dibawah.

Jadi kepada peminat-peminat DC, apa pendapat anda selepas melihat perkongsian dari Zack Snyder ini? adakah anda mahu Justice League versi Snyder dilepaskan oleh pihak Warner Bros.? kongsikan pendapat anda.

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

Leave a Comment