Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

Netflix Umum Tarikh Tayangan Filem Aksi-Thriller “Kate” Lakonan Mary Elizabeth Winstead


Netflix telah menetapkan tarikh tayangan filem aksi-thriller terbaru mereka bertajuk Kate, lakonan bintang Scott Pilgrim vs. the World, Mary Elizabeth Winstead. Filem terbaru itu akan membuat debut pada Jumaat, 10 September ini.

Pengumuman tarikh tayangan turut disertakan dengan pelancaran video klip yang memberi gambaran kepada penonton tentang bagaimana watak lakonan Winstead menjadi kejam apabila bertembung dengan lawannya. Anda boleh lihat video pengumuman Kate dipemain video dibawah. 

Kate mengikuti kisah seorang penjenayah kejam yang diracuni dan mendapati dirinya mempunyai masa kurang dari 24 jam untuk hidup. Ini membuatkannya melakukan perburuan melalui jalan-jalan di Tokyo sehingga dia dapat membalas dendam terhadap mereka yang meracuninya sebelum dia mati. Namun, dalam proses membalas dendam, dia menjalin ikatan yang tidak dijangka dengan anak perempuan salah seorang mangsanya pada masa lalu.

Filem ini diterajui oleh Mary Elizabeth Winstead, yang tidak asing lagi dunia filem aksi. Dia telah membintangi beberapa filem aksi seperti  Live Free or Die HardScott Pilgrim vs. the WorldAbraham Lincoln: Vampire HunterGemini Man, dan yang terbaru, Birds of Prey. Menyertai Winstead adalah Woody Harrelson, Michiel Huisman, Tadanobu Asano, Jun Kunimura, Miyavi, Miku Martineau, dan Kazuya Tanabe.

Kate diarahkan oleh Cedric Nicolas-Troyan (Huntsman: The Winter’s War) berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Umair Aleem. Filem ini diterbitkan Screen Arcade dan 87eleven, bersama-sama Bryan Unkeless, (I, Tonya), David Leitch (Deadpool 2), Scott Morgan, dan Kelly McCormick.



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee