Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bill Skarsgård Sertai “John Wick: Chapter 4”

Selepas Donnie Yen, seorang lagi pelakon kegemaran ramai bakal menyertai John Wick: Chapter 4. Menurut laporan Collider, bintang IT dan The Devil All the Time, Bill Skarsgård, telah disahkan menyertai barisan pelakon filem keempat John Wick. 

Peranan Skarsgård dalam filem itu bagaimanapun masih belum diketahui, tetapi penyertaannya telah menggembangkan lagi barisan pelakon bintang. Skarsgård akan menyertai Keanu Reeves, Donnie Yen, Shamier Anderson, Rina Sawayama, dan ramai lagi.


Chad Stahelski kembali sebagai pengarah dalam ansuran kali ini, manakala lakon layar ditulis oleh duo Shay Hatten dan Michael Finch. Filem ini diterbitkan oleh Basil Iwanyk, Erica Lee, dan Stahelski dengan Reeves dan Louise Rosner akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. 

Perincian plot masih belum didedahkan, dan projek terbaru ini dijangka memulakan penggambarannya pada musim panas ini bertempat di Perancis, Jerman dan Filem. John Wick: Chapter 4 ditetapkan tarikh tayangannya pada 27 Mei 2022. 

Related posts

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Leave a Comment