
Video dari siri baharu Avatar: The Last Airbender telah dikeluarkan hari ini sempena acara Netflix Tudum, memberikan pratonton siri live-action terbaru itu.
Anda boleh lihat video dan gambar-gambar Avatar: The Last Airbender dibawah:
Siri aksi-langsung ini diketua Albert Kim (Sleepy Hollow), yang turut berkhidmat sebagai showrunner, penulis dan penerbit eksekutif.
Dalam surat peribadinya kepada peminat, Kim menegaskan kepentingan ketulenan dan penyampaian, serta tanggungjawabnya yang besar dalam memberikan cerita yang menonjolkan watak Asia dan Orang Asli.
Berdasarkan siri Nickelodeon kegemaran ramai, Avatar: The Last Airbender akan diterajui aktor kelahiran Filipina-Kanada, Gordon Cormier (The Stand) sebagai Aang, Kiawentiio (Anne with an E) sebagai Katara, Ian Ousley (Physical) sebagai Sokka, dan Dallas Liu (PEN15) sebagai Zuko.
Menyertai mereka ialah Daniel Dae Kim sebagai Fire Lord Ozai, Paul Sun-Hyung Lee sebagai Uncle Iroh, Lim Kay Siu sebagai Gyatso, dan Ken Leung sebagai Commander Zhao.
Siri Netflix Avatar: The Last Airbender diterbitkan oleh Dan Lin dan Lindsey Liberatore. Ia diarahkan oleh Michael Goi, Roseanne Liang dan Jabba Raisaini, dengan Goi dan Liang turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.