Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Netflix Bangunkan Siri Spin-Off “To All the Boys”


Selepas lebih sebulan pelancaran filem terakhir dalam trilogi To All the Boys, Netflix mengumumkan pembangunan siri spin-off yang akan mengembangkan lagi ceritanya di luar kisah Lara Jean (Lana Condor) dan Peter (Noah Centineo), lapor Deadline.

Netflix dan Awesomeness, salah satu studio di sebalik siri filem To All the Boys, akan bekerjasama untuk siri spin-off rom-com itu dengan pengarang novel Jenny Han akan bertindak sebagai penulis lakon layar dan menjadi penerbit eksekutif. Pembangunan projek terbaru itu masih lagi diperingkat awal. 

Projek tanpa tajuk itu akan berpusat di sekitar usaha Kitty dalam mencari cinta sejati. Karakter Kitty memainkan peranan penting dalam filem pertama kerana dia adalah orang yang secara diam-diam mengirimkan semua surat cinta Lara Jean kepada lelaki yang diminatinya. 

Dalam dua filem pertama, Kitty tidak berminat untuk menjalani kehidupan cinta kerana usianya yang masa muda pada ketika itu. Namun, dalam filem terakhir, dia telah bertemu dengan teman lelaki pertamanya bernama Dae ketika bercuti di Korea Selatan. Anna Cathcart, yang memainkan peranan Kitty dalam filem, akan kembali dalam projek akan datang. 

Siri spin-of To All the Boys dicipta dan diterbitkan oleh Jenny Han, dan dia turut menjadi penulis untuk episod pilot bersama Siobhan Vivian. Studios ACE Entertainment turut berfungsi sebagai penerbit. 


Trilogi filem dibintangi Lana Condor (Deadly Class), Noah Centineo (Black Adam, John Corbett (Sex & Drugs & Rock & Roll), Janel Parrish (Pretty Little Liars dan Rosa Butler (13 Reasons Why). Ketiga-ketiga filem To All the Boys menjadi hit di Netflix, mencapai jumlah penonton yang sangat tinggi dan menerima reaksi positif dari para pengkritik seluruh dunia. 


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee