Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Produksi “River Where the Moon Rises” Tuntut Ganti Rugi AS$2.6 Juta Terhadap Ji Soo


Victory Contents, syarikat produksi yang menerbitkan River Where The Moon Rises, telah menfailkan saman ₩3 billion KRW ($2,661,771 USD) terhadap Ji Soo dan agensinya, KeyEast sebagai ganti rugi berikutan skandal pembuliannya.

Menurut kenyataan akhbar Victory Contents, mereka telah menfailkan tuntutan ganti rugi ke Mahkamah Daerah Pusat Seoul terhadap KeyEast untuk menuntut ganti rugi berikutan skandal buli Ji Soo. Ji Soo memulakan penggambaran drama sebagai pelakon utama, tetapi disingkirkan pada awal Mac berikutan skandalnya.

Ketika dia disingkirkan, hampir 90 peratus drama sudah menjalani penggambaran, dan ini bermaksud hampir keseluruhan drama terpaksa menjalani penggambaran semula selepas Na In Wo menyertai barisan pelakon bagi menggantikan tempat Ji Soo.

“River Where The Moon Rises sedang dalam proses pra-produksi dan ketika kontroversi keganasan sekolah muncul, penggambaran untuk drama itu hampir selesai. Namun, ketika pelakon itu diganti, kami harus mengubah semula semua adegan Ji Soo. Kos produksi drama ini sangat besar, dan jumlah kos tambahan yang harus kami tanggung adalah berat kerana penggambaran semula, tetapi kami memutuskan untuk membuat semula episod 1-6 untuk menepati janji kami kepada penonton bahawa kami akan menunjukkan kepada mereka karya yang lengkap dan siap. Janji ini tidak hanya untuk penonton domestik, tetapi juga penonton global, kerana ledakan Gelombang Hallyu tidak harus dirosakkan oleh salah seorang pesalah kekerasan sekolah” 

Kontroversi yang melibatkan Ji Soo turut memberi kesan langsung kepada syarikat produksi kerana terpaksa memgeluarkan lebih banyak kos untuk penggambaran semula, serta penurunan penilaian penonton, aduan dari pengedar luar negara, kerosakan imej syarikat dan penurunan jualan.

Walau bagaimanapun, kami mengalami kerosakan langsung disebabkan masalah ini, dari kos kakitangan, kos lokasi dan peralatan, bayaran penampilan, kos seni, dan banyak lagi. Kami juga telah mengalami kerosakan serius lain yang dapat memberi kisah jangka panjang, seperti penurunan penilaian penonton, aduan dari pengedar luar negara, penurunan penjualan, dan kerosakan pada imej syarikat.”

Pada Mac yang lalu, Ji Soo terpalit dengan kontroversi apabila dituduh melakukan buli di sekolah dan keganasan, dan tidak lama kemudian, lebih banyak tuduhan terhadapnya mula didedahkan para mangsa.

KeyEast menyatakan bahawa mereka meneliti semua tuduhan itu, dan Ji Soo mengemukakan permohonan maaf atas tindakannya yang lalu. Susulan skandalnya itu, Ji Soo telah disingkirkan dari drama River Where The Moon Rises dan tempatnya telah diganti pelakon dengan Na In Wo.

Sumber: Koreaboo


Related posts

‘Doctor Cha’ Catat Rating Tertinggi Pada Episod Terakhir

Kakimuvee

Kim Tae Ri Dirasuki Semangat Jahat Dalam Gambar Terbaru “Revenant”

Kakimuvee

Lebih 4 Juta Menonton Filem Terbaru Ma Dong Seok “The Outlaws 3”

Kakimuvee

Siri Rom-Com Vampire Korea, ‘HeartBeat’ Akan Tiba Secara Eksklusif Di Prime Video

Kakimuvee

Nikmati Tayangan Perdana K-drama & K-filem Terhebat Di Astro Pada Jun Ini

Kakimuvee

Kisah Hamka Diabadikan Dalam Filem Biopik Indonesia ‘Buya Hamka’

Kakimuvee