Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Resident Evil: Welcome to Raccoon City” Ditunda Dua Bulan

Selang seminggu selepas pengarah Johannes Roberts mendedahkan tajuk penuh filem reboot permainan video Resident Evil, Sony Pictures memberikan berita yang sedikit mengecewakan, menunda tarikh tayangan filem Resident Evil: Welcome to Raccoon City dari September ke akhir November. 

Resident Evil: Welcome to Raccoon City akan mengadaptasi dua permainan video “Resident Evil” yang pertama, dan turut menampilkan watak-watak utama dari permainan tersebutlah termasuk Claire Redfield dan Chris Redfield. Reboot terbaru ini hadir setelah lima tahun sejak studio Sony Pictures mengakhiri siri filem “Resident Evil” yang dipimpin Milla Jovovich.


“Resident Evil: Welcome to Raccoon City” akan menjadi kisah ‘origin’ rasmi kepada francais permainan video seram keluaran Capcom dan akan ditetapkan pada tahun 1998, pada waktu malam di kota Raccoon City ketika Umbrella Corporation melepaskan neraka dunia dan segalanya bergantung kepada beberapa yang terpilih untuk menghentikannya. 

Barisan pelakon terdiri daripada Kaya Scodelario (The Maze Runner) sebagai Claire Redfield, Hannah John-Kamen (Ant-Man and the Wasp) sebagai Jill Valentine, Robbie Amell (Upload) sebagai Chris Redfield, Tom Hopper (Black Sails) sebagai Albert Wesker, Avan Jogia (Zombieland : Double Tap) sebagai Leon S. Kennedy, dan Neal McDonough (DC’s Legends of Tomorrow) sebagai William Birkin. Chad Rook (The Flash) dan Lily Gao (The Handmaid’s Tale) akan memainkan watak sampingan. 

Robert Kulzer menjadi penerbit untuk Constantin Films, bersama James Harris dari produksi Tea Shop Productions dan Hartley Gorenstein. Sony Pictures akan menjadi pengedar untuk pasaran antarabangsa.

Filem terakhir dalam francais pertama Resident Evil, Resident Evil: The Final Chapter arahan Paul W.S. Anderson dan lakonan Milla Jovovich berjaya mengaut $26.8 juta di pasaran US dan $285.4 juta dolar di pasaran antarabangsa. Diadaptasikan dari permainan video keluaran Capcom, francais Resident Evil telah mengutip lebih $1.2 billion seluruh dunia, dan menjadi francais adaptasi permainan video paling laris setakat ini. 

Resident Evil: Welcome to Raccoon City akan menemui penonton pada 24 November 2021.

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment