Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Natalie Morales Sertai Denzel Washington & Raimi Malek Dalam Filem The Little Things


Pelakon Natalie Morales disahkan menyertai Denzel Washington,Rami Malek dan Jared Leto dalam sebuah filem thriller terbitan Warner Bros., The Little Things. Dia akan memainkan peranan sebagai detektif di Jabatan Sheriff Los Angeles yang bekerjasama dengan watak Washington dan Malek untuk mencari pembunuh bersiri lakonan Jared Leto.

The Little Things akan mengisahkan tentang seorang timbalan Sheriff bernama Deke (Washington) yang bekerjasama dengan Baxter (Malek), seorang detektif dari Jabatan Sheriff Los Angeles dalam memburu seorang pembunuh bersiri yang bijak.

Deke dapat menghidu “perkara-perkara kecil” yang boleh membantu menyelesaikan kes, tetapi dia perlu melanggar peraturan, yang menimbulkan masalah bagi Baxter. Sementara itu, Deke mempunyai masalah sendiri, kerana dia dihantui oleh rahsia gelap dari masa lalunya.

Pengarah filem The Blind Side, John Lee Hancock akan menulis dan mengarahkan filem ini. Jika rundingan diantara Leto dan pihak studio berjaya, dia akan memainkan peranan sebagai pembunuh bersiri.

Penggambaran filem dijangka akan bermula tidak lama lagi.


Sumber: Deadline


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee