Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Bintang Smallville, Tom Welling Akan Kembali Sebagai Clark Kent Dalam Siri Crossover Crisis on Infinite Earth

Selepas Tyler Hoechlin dan Brandon Routh disahkan membawa watak Clark Kent / Superman dalam siri crossover CW, Crisis on Infinite Earths. Peminat juga turut mengharapkan agar bintang siri televisyen Smallville, Tom Welling akan dipanggil untuk meneruskan wataknya. Impian peminat akhirnya tertunai apabila pihak studio mengumumkan penglibatan Welling dalam siri crossover terbaru CW itu.

Lebih menarik, Welling bukan sekadar memainkan peranan sebagai Superman, tetapi CW turut mendedahkan bahawa, peminat boleh melihat bagaimana kehidupan Clark Kent selepas hampir 10 tahun konklusi siri Smallville. 

Presiden CW Network Mark Pedowitz sebelum ini telah mengumumkan, acara ‘crossover’ akan bermula dengan siri Supergirl pada Ahad, 8 Disember, diikuti Batwoman pada Isnin 6 Disember dan The Flash pada Selasa 10 Disember. Siri keempat ‘crossover’ akan berhenti seketika dan bersambung pada 14 Januari 2020 menerusi siri Arrow dan akan berakhir menerusi siri DC’s Legends of Tomorrow pada hari yang sama.

Crisis on Infinite Earths akan meyaksikan Brandon Routh akan memainkan dua peranan berbeza iaitu sebagai The Atom dan Superman. Selain itu juga beberapa pelakon akan kembali membawakan watak masing-masing seperti Tyler Hoechlin sebagai Clark Kent / Superman, Elizabeth Tulloch sebagai Lois Lane, Jon Cryer sebagai Lex Luthor, Tom Cavanagh sebagai Pariah dan LaMonica Garrett sebagai Anti-Monitor. Selain itu juga, Crisis on Infinite Earth akan turut menampilkan Black Lightning dan Bruce Wayne.

Dalam finale ‘crossover’ Elseworlds yang lalu, Monitor (LaMonica Garrett) memberi amaran kepada wira tentang “Krisis” yang akan berlaku.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Kedua “Sweet Tooth”

Kakimuvee

Leave a Comment