Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Moon Knight: Watak May Calamawy Didedahkan Dalam Gambar Terbaru


Banyak watak dalam siri Marvel Studios yang akan datang, Moon Knight masih belum didedahkan, tetapi banyak pelakon terkenal dilaporkan menyertai siri itu, termasuklah May Calamawy (Together Together).

Dalam gambar terbaru yang dikeluarkan Disney, Calamawy dilihat berdiri dihadapan watak Oscar Issac, Marc Spector/Steven Grant. Dalam kapsyen yang dikaitkan dengan imej itu, Disney mendedahkan watak Calamawy adalah Layla El-Faouly.

Watak El-Faouly bukanlah berasal dari mana-mana komik Moon Knight, dan berkemungkinan besar dia adalah gabungan beberapa watak yang pernah muncul dalam siri itu pada masa lalu. Marvel tidak asing lagi dalam mengambil dan menggabungkan watak menjadi satu.

Moon Knight dibintangi oleh Oscar Isaac, Ethan Hawke dan May Calamawy. Mohamed Diab dan pasukan Justin Benson & Aaron Moorhead mengarahkan kesemua episod.

Jeremy Slater berkhidmat sebagai ketua penulis, dan Kevin Feige, Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Brad Winderbaum, Mohamed Diab, Jeremy Slater dan Oscar Isaac sebagai penerbit eksekutif. Grant Curtis, Trevor Waterson dan Rebecca Kirsch berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama.


Siri terbaru Marvel Studios ini akan membuat debut di Disney+ Hotstar pada 30 Mac 2022.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee