Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru “Doctor Strange 2” Goda Pertarungan Epik & Alam Baharu Yang Penuh Misteri.


Peminat masih lagi teruja dengan trailer kedua Doctor Strange in the Multiverse of Madness, dan kini beberapa gambar terbaru telah muncul diatas talian yang menggoda pertarungan epik dan lokasi baharu MCU yang penuh misteri.

Antara yang diperlihatkan kepada peminat adalah gambar beresulosi penuh Christine Palmer yang sedang melangsungkan perkahwinannya, paparan alam misteri yang dikunjungi Doctor Strange dan America Chavez serta aksi-aksi epik yang dijangkakan penonton. 

Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dibawah:

Benedict Cumberbatch dan Benedict Wong mengulangi peranan mereka sebagai Stephen Strange/Doctor Strange dan Wong. Chiwetel Ejiofor dan Rachel McAdams kembali dalam filem kali ini sebagai Karl Mordo, bekas rakan Doctor Strange yang bertukar menjadi musuh dan Christine Palmer, rakan sekerja yang juga kekasih Strange. 

Elizabeth Olsen mengulangi peranannya sebagai Wanda Maximoff dan pendatang baharu MCU, Xochitl Gomez sebagai America Chavez. Michael Stuhlbarg kembali meneruskan peranannya sebagai Nicodemus West. Dijangkakan lebih banyak pelakon akan muncul sebagai cameo dalam filem kali ini, cuma peminat perlu menantikannya, sama ada dalam trailer terbaru ataupun filem. 


Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Eric Hauserman Carroll, dan Jamie Christopher menjadi penerbit eksekutif disamping penerbit Kevin Feige, manakala Michael Waldron menulis lakon layar untuk filem ini.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan ditayangkan pada 5 Mei ini.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee