Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Johnny Depp Ditawarkan AS$20 Juta Untuk Kembali Sebagai Jack Sparrow, Namun Dia Menolak


Kes mahkamah berprofil tinggi yang melibatkan bekas isterinya, Amber Heard, telah memusnahkan reputasi Johnny Depp sebagai pelakon yang cemerlang dalam industri hiburan. 

Tuduhan yang dibuat bekas isterinya itu bukan sahaja memusnahkan reputasinya sebagai pelakon, malah menyebabkan dia kerugian dari segi kewangan apabila dia dipecat dari peranannya dalam beberapa francais blockbuster seperti Pirates of the Caribbean 

Mujur, pada tahun 2022, pelakon itu berjaya memenangi kes saman fitnah terhadap Heard, sekaligus membersihkan nama dari sebarang tuduhan yang dibuat oleh bekas isterinya. 

Memandangkan Deep tidak lagi terpalit dengan apa-apa kontroversi, Disney telah menghubunginya sekali lagi, cuma kali ini dia tidak berminat. 

Beberapa sumber yang rapat dengan Johnny Depp (melalui FandomWire) telah mendedahkan bahawa pelakon itu tidak lagi berminat untuk bekerjasama dengan Disney dalam francais Pirates of the Caribbean mereka.


Malah, pelakon itu pernah ditawarkan AS$20 juta untuk memainkan semula wataknya sebagai Jack Sparrow, namun, dia tidak berminat.

Rakan-rakan pelakon itu mendedahkan bahawa Depp kecewa dengan tindakan Disney memecatnya selepas bekas isterinya, Amber Heard, menuduhnya melakukan penderaan rumah tangga pada 2016. 

Selepas bertarung dalam kes perbicaraan mahkamah yang panjang, Depp menyedari bahawa dia kini lebih berminat dalam bidang seni dan muzik berbanding lakonan. Sumber yang rapat dengan pelakon itu menyatakan,

“Dia berkata dia tidak berminat untuk bercakap dengan orang lain. Dia berminat dengan ekspresi dirinya, melalui seni dan muzik pada masa ini. Dia langsung tidak berminat dengan Hollywood.”

Walau apa pun, sekiranya Depp kembali berlakon, jelas sekali peminat tidak akan dapat melihatnya kembali sebagai Captain Jack Sparrow. 


Related posts

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Bayaran AS$1 Juta Amber Heard Ke Johnny Depp Akan Disalur Ke Badan Amal

Kakimuvee

Penerbit ‘Pirates of Caribbean’ Sah Projek Yang Diterajui Margot Robbie Masih ‘Hidup’

Kakimuvee

Disney Batal “Pirates of the Caribbean” Lakonan Margot Robbie

Kakimuvee

Johnny Depp Jalin Hubungan Cinta Dengan Peguam Sendiri, Tetapi Bukan Camille Vasquez

Kakimuvee

Saga Amber Heard-Johnny Depp Diteruskan, Kedua-Duanya Enggan Bayar Ganti Rugi

Kakimuvee