Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”


Marvel Studios terus memberi maklumat terbaru mengenai dua filem akan datang The Marvels dan Black Panther: Wakanda Forever, dengan mendedahkan loglines kedua-dua filem tersebut. Anda boleh baca loglines tersebut dibawah. 

The Marvels menyaksikan Carol Danvers lakonan Brie Larson akan disertai Teyonah Parris sebagai Monica Rambeau dan Iman Vellani, yang akan memainkan watak Kamalan Khan dalam siri Disney+ akan datang, Ms.Marvel. Berikut adalah logline The Marvels:

“Marvel Studios’ The Marvels will feature Brie Larson returning to the role of Captain Marvel/Carol Danvers. In the film, she’ll be joined by Teyonah Parris, who was first introduced as adult Monica Rambeau in Marvel Studios’ WandaVision, along with Iman Vellani, who will appear as Ms. Marvel in the upcoming Disney+ series of the same name. Prepare to experience it and fly higher, further, and faster with the film, directed by Nia DaCosta!”

The Marvels akan diarahkan oleh Nia DaCosta berdasarkan skrip yang ditulis oleh Anna Boden dan Ryan Fleck. Turut menyertai barisan pelakon adalah Zawe Ashton (Velvet Buzzsaw) yang akan memainkan peranan antagonis utama. The Marvels akan ditayangkan pada 11 November 2022.

Untuk Black Panther: Wakanda Forever, tidak banyak butiran diberikan oleh Marvel Studios, sebaliknya sekuel Black Panther itu sekali lagi akan meneroka dunia Wakanda. Peminat tertanya-tanya bagaimana francais akan diteruskan setelah pemergian Chadwick Boseman, dan Disney seolah-olah belum bersedia membocorkan lebih banyak maklumat. 


Berikut adalah logline Black Panther: Wakanda Forever: 

“Marvel Studios’ Black Panther: Wakanda Forever will continue to explore the incomparable world of Wakanda, and all of the rich and varied characters introduced in the first film.”

Ryan Coogle kembali sebagai pengarah dan penulis, manakala sebilangan besar pelakon dari filem pertama dijangka kembali dalam filem akan datang dengan penambahan baru iaitu Tenoch Huerta (Narcos: Mexico), yang dilaporkan bakal membawa peranan antagonis. 

Black Panther: Wakanda Forever akan ditayangkan pada 8 Julai 2022.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee