Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Spider-Man: No Way Home mungkin menyaksikan kemunculan semula beberapa watak dalam filem Spider-Man terdahulu, seperti Doc Octopus, tetapi nampaknya bintang The Amazing Spider-Man Andrew Garfield bukanlah salah seorang dari mereka. 

Dalam episod terbaru podcast Happy Sad Confused, Garfield memberi maklumbalas mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa dia akan muncul dalam Spider-Man: No Way Home bersama watak Spider-Man lakonan Tom Holland dan Tobey Maguire.

“Saya melihat betapa kerapnya Spider-Man menjadi tren dan orang menjadi panik mengenai sesuatu, dan saya seperti, ‘Guys … Guys, guys, guys. Saya mengesyorkan anda agar bertenang.’ Saya tidak dapat bercakap apa-apa pun kecuali untuk diri saya sendiri … Saya tidak mendapat panggilan.”

Garfield menjelaskan yang dia tidak menerima panggilan untuk menyertai Spider-Man: No Way Home. Apabila ditanya sekali lagi, Garfield dengan nada bergurau berkata, “Bukankah saya baru saja mengatakannya? Saya tidak mendapat panggilan.” Anda boleh lihat video penuh mengenai respon pelakon itu dibawah. 

Tobey Maguire dan Andrew Garfield telah dikaitkan dengan filem Sony/ Marvel akan datang, yang mana mereka berdua dikatakan bakal kembali meneruskan peranan Peter Parker / Spider-Man. Khabar angin tersebut bagaimanapun tidak dapat disahkan, dan Tom Holland, yang terkenal dengan sifat suka membocorkan rahsia, enggan berkata apa-apa mengenai penglibatan kedua-dua pelakon itu. 

“Sekiranya mereka [berada dalam filem], mereka belum memberitahu saya …” ujar Holland.

Spider-Man: No Way Home kini sedang menjalani penggambaran dan akan ditayangkan dipawagam pada 17 Disember 2021. 

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment