Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Temukan Makna Keluarga yang Sejati Dalam Filem “Ali & Ratu Ratu Queens”, Akan Datang Ke Netflix

Kisah yang memilukan Ali & Ratu Ratu Queens akan segera hadir ke Netflix tidak lama lagi. Diarahkan oleh Lucky Kuswandi (Selamat Pagi, Malam, Galih dan Ratna) dan ditulis oleh Gina S. Noer (Keluarga Cemara, Dua Garis Biru), filem ini adalah kisah untuk mengetahui bahawa keluarga bukan hanya jalan sehala, dan mengejar impian berlatarbelakangkan Queens di New York.

Salah seorang bintang yang semakin menyinar di Indonesia, Iqbaal Ramadhan, berperanan sebagai Ali, berusia 17 tahun yang memutuskan untuk meninggalkan Jakarta dan pergi ke New York untuk mencari ibunya yang telah lama hilang.

Dia akhirnya menemui empat pendatang Indonesia yang sangat menyenangkan yang tinggal di Queens, dibintangi pelakon veteran Nirina Zubir sebagai Parti, Asri Welas sebagai Biyah, Tika Panggabean sebagai Ance, dan Happy Salma sebagai Cinta. Bersama dengan anak perempuan Ance, Eva, yang dilakonkan oleh Aurora Ribero, mereka membantu Ali mencari erti keluarga yang sebenar.

“Perjalanan Ali adalah peringatan yang menyakitkan, terutama pada masa-masa ini, bahawa ‘rumah adalah perasaan’. Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Netflix untuk membawa Ali & Ratu Ratu Queens ke penonton global dan berharap kisah yang menyentuh hati ini akan menyentuh hati orang lain yang juga dalam perjalanan untuk mencari makna keluarga,” kata pengarah filem ini, Lucky.

Melengkapkan barisan pelakon Ali & Ratu Ratu Queens adalah Marissa Anita (Galih dan Ratna), Bayu Skak (Yowis Ben), Cut Mini Theo (Athirah, Dua Garis Biru) dan Ibnu Jamil (Affliction, Guru-Guru Gokil). Anda boleh lihat gandingan Ali dan Ratu-Ratu yang eksentrik dalam teaser trailer dibawah.

Related posts

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Rancangan Variety “Unexpected Business” Mungkin Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Zulaikha

Leave a Comment