Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lagu Tema NO TIME TO DIE Nyanyian Billie Eilish Telah Dilancarkan!


Sebulan selepas mengumumkan bahawa Billie Eilish akan menyanyikan lagu tema kepada filem terbaru James Bond akan datang, No Time to Die, MGM telah melancarkan lagu tema, yang boleh anda dengar di pemain di bawah!

No Time to Die berkisarkan tentang James Bond yang menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Daniel Craig kembali memainkan peranan utama sebagai James Bond bersama-sama beberapa pelakon filem sebelumnya iaitu, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.

Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan membawakan watak penjahat dalam filem ini serta Christopher Waltz yang kembali memainkan peranan sebagai Ernst Stavro Blofeld.

Cary Joji Fukunaga mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Neal Purvis, Robert Wade, Scott Z. Burns dan Fukunaga sendiri. No Time to Die akan menemui penonton pada 9 April 2020.



Related posts

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Idris Elba Tidak Lagi Berminat Dengan Peranan James Bond Selepas Menerima Kecaman Berunsur Perkauman

Kakimuvee

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

Kaki Judi Bertaruh Siapa Akan Jadi James Bond Seterusnya, Henry Cavill Pilihan Utama

Kakimuvee

Sekuel Tomb Raider Dibatalkan Selepas MGM Hilang Hak Francais, Tempat Alicia Vikander Mungkin Akan Diganti Dengan Pelakon Baharu

Kakimuvee

MGM Bangunkan Filem Spin Off Creed, “Drago”

Kakimuvee