Berita

SONIC THE HEDGEHOG Berpotensi Kutip $65 Juta Pada Minggu Pertama

Views

Filem live action terbaru Paramount Pictures, Sonic the Hedgehog berpotensi mengutip hampir $65 juta dolar pada minggu pertama tayangannya. Kutipan memberangsangkan itu didorong keinginan penonton yang mahu melihat perubahan pada rekabentuk Sonic.

Sonic the Hedgehog dihasilkan dengan modal pembikinan sekitar $81M - $95 juta dolar. Jika kutipan rasmi diumumkan sebaik sahaja sesi hujung minggu tamat, ia akan menjadi filem adaptasi permainan video yang mencatatkan kutipan tertinggi pada minggu pertama, mengatasi Detective Pikachu yang mengutip  $54.4 juta dolar pada minggu yang sama, tahun lalu.

Ditulis oleh Patrick Casey, Josh Miller dan Oren Uziel, Sonic The Hedgehog mengisahkan tentang Tom Wachowski, seorang anggota polis dari bandar kecil Green Hills dan membuat keputusan untuk membantu Sonic melarikan diri dari pihak kerajaan.  Jeff Fowler bertindak selaku pengarah untuk filem ini manakala Tim Miller sebagai penerbit eksekutif.

Sonic The Hedgehog dibintangi oleh Jim Carrey yang akan membawakan watak kepada musuh Sonic iaitu Doctor Robotnik/Eggman, James Marsden sebagai Tom Wachowski, anggota polis yang bekerjasama dengan Sonic untuk menumpaskan Doctor Robotnik. Pelakon lain adalah Adam Pally, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Neal McDonough dan  Ben Schwartz, suara untuk karakter Sonic.

Filem Sonic the Hedgehog kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks