Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel Tomb Raider Dibatalkan Selepas MGM Hilang Hak Francais, Tempat Alicia Vikander Mungkin Akan Diganti Dengan Pelakon Baharu

The Wrap mendedahkan bahawa MGM telah kehilangan hak ke atas francais Tomb Raider.

Berdasarkan siri permainan video popular dengan nama yang sama, Lara Croft dibawa kembali ke skrin besar pada 2018 dengan penghasilan semula yang dibintangi oleh Alicia Vikanda. Walau bagaimanapun, studio itu hanya mempunyai masa sehingga Mei tahun ini untuk memulakan penggambaran sekuel, dan nampaknya peluang itu telah berlalu.


Kini, studio-studio filem Hollywood telah memulakan perang bidaan untuk mendapatkan IP tersebut. 

Sumber turut mengesahkan bahawa Vikanda tidak lagi terlibat dengan harta intelek tersebut kerana filem yang mungkin akan dihasilkan di masa hadapan akan di’reboot’ sepenuhnya. 

Tiada pelakon atau pengarah yang dikaitkan dengan filem terbaru setakat ini, tetapi hakcipta telah dikembalikan kepada penerbit permainan video Crystal Dynamics dan mereka sedang mencari rumah baharu untuk francais filem itu bersama GK Films.

Filem reboot pertama Tomb Raider, yang ditayangkan pada 2018 telah memperoleh kutipan box office sebanyak $275 juta dolar, tetapi mendapat ulasan sederhana. Kedua-dua filem awal 2000an yang dibintangi Angelina Jolie juga kurang memberangsangkan, tetapi menghasilkan jumlah gabungan kutipan sebanyak $432 juta.

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment