Berita

La La Land Ungguli Senarai Pemenang Oscar Ke-89

Views
Academy Award ke-89

Sebentar tadi berlangsungnya penyampaian Anugerah Akademi ke-89 yang berlangsung dengan sedikit kontroversi apabila berlaku kesilapan semasa mengumumkan pemenang kategori Filem Terbaik. Kategori tersebut sepatutnya dimenangi Moonlight tetapi penyampainya Warren Beatty dan Faye Dunway menerima sampul yang salah dari pihak penganjur dengan mengumumkan filem La La Land menjadi filem terbaik untuk edisi kali ini.

Insiden tersebut walaupun memalukan, ia tidak menghalang untuk filem La La Land mengondol 6 anugerah termasuk kategori Pengarah Terbaik melalui  Damian Chazelle dan Aktres Terbaik yang dimenangi oleh  Emma Stone.

Moonlight

Manakala filem Moonlight pula selain memenangi kategori Filem Terbaik turut 2 kategori lain iaitu Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik dan Best Adapted Screenplay.

Filem Hacksaw Ridge juga turut membawa pulang dua trofi manakala Arrival pula membawa satu trofi. Filem Suicide Squad yang dikritik teruk pada tahun lepas juga tidak ketinggalan dari tersenarai dalam barisan pemenang Oscar apabila turut menjadi filem terbaik untuk kategori Best Makeup dan Hair Styling.

La La Land memenangi anugerah terbanyak untuk edisi kali ini

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Oscar ke-89

Filem Terbaik: Moonlight

Pengarah Terbaik: Damien Chazelle – La La Land

Pelakon Lelaki Terbaik: Casey Affleck – Manchester By The Sea

Pelakon Wanita Terbaik: Emma Stone – La La Land

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Mahershala Ali – Moonlight

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Viola Davis – Fences

Lakon Layar Asal Terbaik: Kenneth Lonergen – Manchester By The Sea

Lakon Layar Adaptasi Terbaik: Barry Jenkins dan Tarell Alvin McCraney – Moonlight

Filem Animasi Terbaik: Zootopia

Filem Bahasa Asing Terbaik: The Salesman (Iran)

Skor Muzik Asal Terbaik: Justin Hurwitz – La La Land

Lagu Tema Asal Terbaik: City of Stars (La La Land)

Suntingan Bunyi Terbaik: Arrival

Adunan Bunyi Terbaik: Hacksaw Ridge

Suntingan Terbaik: Hacksaw Ridge

Rekaan Produksi Terbaik: La La Land

Sinematografi Terbaik: La La Land

Solekan dan Penggayaan Rambut Terbaik: Suicide Squad

Rekaan Kostum Terbaik: Fantastic Beasts and Where to Find Them

Efek Visual Terbaik: The Jungle Book

Filem Dokumentari Terbaik: O.J.: Made In America

Filem Dokumentari Pendek Terbaik: The White Helmets

Filem Pendek Terbaik: Sing

Filem Animasi Pendek Terbaik: Piper

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks