Ramai peminat kecewa apabila mendengar berita yang disampaikan oleh pengarah filem Hellboy, Guillermo de Toro yang secara rasmi mengumumkan filem Hellboy 3 tidak akan diteruskan. Berita ini benar-benar memberi kesan kepada peminat Hellboy yang menanti selama tujuh tahun untuk melihat sekuel filem ini dihasilkan
Sejak Hellboy: The Golden Army ditayangkan, peminat mula tertanya-tanya mengenai development sekuel ketiga. Pelbagai spekulasi didengari oleh peminat Hellboy mengenai masa depan franchise filem yang berdasarkan dari siri komik Hellboy keluaran Dark Horse.
Hellboy 3 Sorry to report: Spoke w all parties. Must report that 100% the sequel will not happen. And that is to be the final thing about it
— Guillermo del Toro (@RealGDT) February 21, 2017
Sebab yang meyebabkan Hellboy 3 tidak mungkin akan berlaku, kesemua pihak termasuklah Universal Studio, para aktor termasuk pelakon utamanya, Ron PerlmanĀ dan individu-individu yang terlibat dikatakan tidak berminat untuk meneruskan sekuel berkenaan. Malah del Toro juga dilaporkan tidak berminat untuk meneruskan sekuel berkenaan.
Sebelum ini del Toro membayangkan Hellboy 3 tidak akan dibuat, namun terdapat sedikit harapan buat peminat Hellboy apabila aktor Ron Perlman dan pencipta siri Hellboy Mike Mignola membayangkan siri ketiga mungkin dihasilkan. Malah peminat telah membuat undian dilaman Twitter untuk samada mahukan Hellboy 3 diteruskan atau tidak. Undian dibuat bagi mempengaruhi pengarahnya agar meneruskan sekuel.
Namun setelah melihat status yang dikeluarkan oleh tuan punya badan sendiri, maka sahlah Hellboy 3 tidak akan diteruskan dan tamat begitu sahaja.
Bagaimanapun, del Toro mengeluarkan lagi satu status yang memberitahu siri Hellboy arahannya Ā ditamatkan namun franchise Hellboy tidak akan berkubur dan berharap pengarah baru dapat menghasilkan semula Hellboy atau mungkin meneruskan sekuel filem ini.
Hellboy may move into a different direction. I tried & wanted this- but, not up to me. I, for one, wish everyone involved the best of luck! https://t.co/mnHQcABI4l
— Guillermo del Toro (@RealGDT) February 22, 2017
Pencipta Hellboy juga memberitahu filem berkenaan akan diteruskan walaupun bukan sekuel kepada Hellboy 2 mahupun dari pengarah del Toro.
Jadi buat masa ini, Hellboy masih berstatus Quo samada ia akan diteruskan dengan menggunakan khidmat pengarah baru ataupun dilakukan reboot atau terus berkubur.
*Kedua-dua filem Hellboy arahan del Toro telah mendapat respond yang sangat positif dari pengkritik filem dan peminat, namun kegagalan financial profit menyebabkan Hellboy 3 dibatalkan pembikinannya.