Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

15 Filem ‘Mind Blowing’ Yang Akan Buatkan Anda Mengalami Sindrom Sakit Otak Buat Seketika

 

Salah satu tujuan kita menonton sesebuah filem adalah untuk merehatkan badan dan minda selepas penat menjalani kehidupan seharian. Filem-filem bergenre aksi, thriller, drama, romantik dan seram adalah antara sering kali menjadi pilihan penonton untuk merehatkan minda mereka.

Tetapi kadang kala, terdapat juga filem yang mungkin menyebabkan otak anda bertambah penat, penat kerana terlampau berfikir untuk memahami perjalanan cerita dan ingin ketahui apa yang cuba disampaikan oleh pembikin filem kepada penonton. Filem-filem seperti ini sebenarnya sangat diminati oleh pengemar filem yang mahu sesuatu yang menarik untuk ditonton oleh mereka. Jadi kami di Kakimuvee ingin berkongsi kepada anda semua, 15 Filem ‘Mind Blowing’ yang pasti membuatkan anda mengalami sindrom ‘sakit otak buat seketika;’

1 Arrival (2016)

Mengisahkan makhluk asing yang datang serentak ke beberapa buah negara di dunia. Tujuannya bukanlah untuk menawan bumi, tetapi memberi satu ilmu kepada manusia. Filem ini agak slow-pace dan juga ‘complicated’ untuk difahami. Flashback, masakini dan masa hadapan bercampurbaur dalam filem ini sehinggakan anda sukar untuk memahaminya sekirannya anda tidak fokus 100% terhadap perjalanan cerita ini.

Lakonan Amy Adams yang sangat mantap dan dibantu oleh “Hawkeye” aka Jeremy Renner. Arrival merupakan antara filem terbaik tahun 2016 dan telah menerima 9 pencalonan Oscar. Awas! walaupun menunjukan makhluk asing berbentuk sotong dan angkatan tentera, aksinya hanya 1% sahaja dan tidak sesuai untuk mereka yang gemarkan filem-filem aksi ala Transformers.

2. Interstellar (2014)

Mirip seperti Arrival, tetapi ia tidak bermakna Interstellar meniru konsep filem Arrival kerana filem arahan Christoper Nolan ini sudah tentunya ditayangkan lebih awal dari filem Arrival arahan Denis Villeneuve. Interstellar mengisahkan sepasukan angkasawan bumi yang mengembara jauh ke angkasa lepas untuk mencari sebuah planet baru bagi menggantikan planet bumi yang kian nazak.

Anda tidak akan menyangka rupanya permulaan filem ini mempunyai timeline yang sama sewaktu hero terperangkap dalam lubang cacing (wormhole) iaitu semasa 3/4 perjalanan filem ini. Jika anda ingin menonton filem ini, dinasihatkan pemikiran anda hendaklah ditukar dari versi 2D kepada versi 5D kerana.. astrofizik adalah satu subjek astronomi yang sangat sukar untuk difahami.

3. Memento (2009)

Niat untuk membalas dendam terhadap kematian si isteri sukar dilakukan si watak utama filem arahan Christopher Nolan ini mengalami anterograde amnesia atau dalam bahasa mudahnya, sukar untuk menyimpan memori didalam otak. Cara yang mudah, adalah mencacah tatu pada badannnya dan mengambil gambar polaroid agar dapat merujuk kembali setiap klu  yang dapat membawa kepada pembunuh isterinya.

Filem lakonan Guy Pearce, Carrie-Anne Moss dan Joe Pantoliano ini bukan sahaja memenangi dua anugerah Oscar, malah ia disimpan didalam arkib National Film Registry US pada tahun 2017. Terima kasih kepada kehebatan Christopher Nolan dalam menghasilkan filem seperti ini.

4. Inception (2010)

Satu lagi karya pecah otak dari Christopher Nolan. Ibarat lagu nyayian Damasutera, Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Inception mengisahkan sekumpulan perompak yang masuk kedalam alam mimpi seorang dan meletakkan ‘idea’ kedalam memori seorang CEO. Plot filem ini sangat sukar untuk difahami dan anda mungkin terkeliru sepertimana watak-watak dalam filem Inception sama ada mereka berada di alam realiti ataupun masih di alam mimpi.

5. Shutter Island (2010)

2010 adalah tahun untuk Leonardo DiCaprio mengelirukan penonton dengan lakonannya dalam filem-filem mind blowing. Shutter Island arahan Martin Scorsese adalah adaptasi dari novel berjudul sama yang ditulis oleh Dennis Lehane. Apa yang bijaknya mengenai pengarah tersebut, Scorsese mengubah ending filem ini yang berbeza dari novel sehinggakan peminat betul-betul terkeliru semasa dipenghujung filem walaupun mereka memberi 110% fokus pada perjalanan cerita.

Mengisahkan US Marshall Teddy Daniels lakonan DiCaprio yang pergi ke sebuah institusi psikatrik yang juga penjara yang terletak disebuah pulau. Dia bersama rakannya, Chuck Aule menyiasat mengenai satu kes banduan yang melarikan diri dari penjara orang gila tersebut yang akhir membawa kepada identiti sebenar Teddy Daniels.

6. Fight Club (1999)

Minda yang bercelaru kadang kala akan membawa kepada satu tindakbalas psikologikal yang kita tidak akan jangkakan. Fight Club arahan David Fincher dan lakonan mantap Brad Pitt dan Edward Norton ini mengisahkan seorang lelaki yang mengalami insomnia yang berjumpa dengan seorang lelaki bernama Tyler (lakonan Brad Pitt) secara tidak sengaja. Mereka berdua berkongsi personaliti yang sama dan menjadi rakan baik. Filem ini semakin lama semakin mind blowing sehinggalah anda mengentahui siapakah Tyler yang sebenarnya.

7. The Number 23 (2007)

Antara filem serius lakonan Jim Carry. Seorang lelaki yang hidup seperti manusia biasa menjadi celaru dan obses kepada nombor 23 selepas membaca novel yang dihadiahkan oleh isterinya. Novel tersebut seolah-olah mencerita kisah yang sama seperti kisah hidup lelaki tersebut dan mencerita satu rahsia cukup besar sehingga menyebabkan dia mula mencari penulis novel tersebut bagi mendapatkan jawapannya. The Number 23 mempunyai plot yang sangat unik tetapi sayang, lakonan Jim Carry telah menyebabkan dia mendapat anugerah Golden Raspberry Award 2007, pelakon paling teruk pada tahun itu

8. A.I Artificial Intelligence (2001)

Tidak mustahil dimasa akan datang akan wujud manusia-manusia robot yang memiliki kepintaran buatan manusia. Filem ini mind blowing bukan disebabkan kesukaran perjalanan ceritanya untuk penonton fahami, tetapi kesan perjalanan cerita ini benar-benar memberi impak kepada para penonton. Ia mengisahkan sebuah robot kanak-kanak yang mencari ibunya yang dicintai dan berharap dapat bertukar dari seorang robot kepada kanak-kanak normal yang lain.

9. Now You See Me (2013)

filem pertama Now You See Me boleh dikatakan lebih menarik dan lebih ‘pure’ magik berbanding filem sekuelnya yang diterbitkan pada 2016. Ia mengisahkan 4 ahli silap mata yang juga dikenali sebagai Four Horseman yang dikehendaki oleh seorang individu misteri menjalankan satu rancangan sulit menjatuhkan beberapa individu dan syarikat yang menipu dan menindas orang awam. Illusi silap mata, jalan cerita dan ending filem ini benar-benar berjaya membuatkan penonton tertipu dengan filem arahan Louis Leterrie

10. Source Code (2011)

Terdapat banyak filem-filem timeloop seperti Edge of Tomorrow, Looper, Groundhog Day, tetapi Source Code lakonan Jake Gyllenhaal boleh dianggap yang terbaik. Ia mengisahkan seorang tentera US yang sedang bertugas di Afghanistan secara tiba-tiba merasakan dirinya berada di stesen komuter. Kemudian berlaku satu letupan besar yang menyebabkan ramai yang terbunuh termasuk dirinya. Kemudian dia tersedar didalam sebuah tempat dimana dirinya telah diberikan satu taklimat mengenai satu misi mencari pengebom di stesen komuter tersebut. Source Code mempunyai plot filem yang sangat kemas, lakonan Gyllenhaal yang sangat mantap dan penamat yang penonton tidak sangka-sangkakan. Kepada yang gemar filem-filem timeloop, Source Code adalah filem yang wajib untuk anda tonton.

11. Get Out (2017)

Sebuah satira gelap mengenai hak persamaan dan rasisme di Amerika, Get Out segera menjadi hit selepas tiba di pawagam. Filem ini membongkar kisah berlapis di mana watak utama Chris dari merasakan dirinya sangat pelik sehingga dia dilelong kepada golongan kaya yang mahukan badannya, dan membawakan minda separa sedarnya ke tempat yang digelar ‘the sunken place.’

Terperangkap dalam komplot penculikan orang Afrika-Amerika yang sangat menakutkan, Chris berjaya melarikan diri dan membunuh mereka dengan cara yang memuaskan.

12. The Sixth Sense

Quote “I See Dead People” sangat popular sehinggakini. The Sixth Sense boleh dikatakan peneraju dalam ketegori ‘twist’. Disokong dengan barisan pelakon yang mantap seperti Hayley Joel Osment dan Bruce Willis, penonton pasti tidak menyangka bahawa watak utama sebenarnya sudah mati sepanjang perjalanan cerita. Cerita yang tidak berbelit, tetapi ‘twist’ dipenghujung cerita sudah cukup mengejutkan penonton. 

13. Triangle (2009)

Triangle antara filem ‘time-loop’ yang pasti menjenuhkan pemikiran anda. Lakonan ‘Emma Maembong’ dari Australia (Melissa George), filem ini berkisarkan tentang Jess yang terperangkap dalam ‘time-loop’ ketika berada di sebuah kapal misteri. Pada awalnya, dia menyangka bahawa terdapat invididu ‘psiko’ yang cuba membunuh dia dan rakan-rakannya semasa berada dalam kapal berhantu itu. Namun, plot twist berlaku apabila dia berjaya membongkar identiti individu tersebut. Triangle bukanlah sekadar filem time-loop yang biasa, tetapi ‘ending’nya memerlukan penonton untuk berfikir tentang anologi yang berkaitan dengan kematian dan hukuman kerana melanggar perjanjian.

14. The Prestige (2006)

 

Semuanya tentang tipu muslihat, The Prestige mengikuti kisah dua ahli silap mata yang bermusuhan, Angier dan Borden. Selepas kematian tragik pembantu mereka semasa pertunjukan, perseteruan mereka menjadi sangat sengit selepas salah seorang daripada mereka melakukan tipu muslihat yang paling utama – iaitu teleportasi. Saingannya berusaha keras untuk membongkar rahsia silap mata itu, bereksperimen dengan sains baru yang sangat berbahaya sehingga membawa keambang kegilaan dan membahayakan setiap nyawa disekeliling mereka. 

15. Hereditary (2018)

Hereditary adalah filem yang menakutkan mengenai keluarga yang mula menemui rahsia gelap tentang masa lalu mereka setelah kematian nenek mereka, namun, ia sebenarnya jauh lebih kompleks daripada filem seram yang biasa anda tonton!. Filem ini memerlukan anda memberi sepenuh perhatian dan sentiasa fokus pada setiap perincian kerana semuanya akan bersatu pada penghujung cerita. Sambil anda memproses jalan cerita yang kompleks, nikmatilah lakonan mantap Toni Collette sepanjang perjalanan filem.

Related posts

New On Netflix August

Isqandar

WHO ARE THE SHADYSIDE KILLERS?

Zulaikha

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha

5 Pekara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

8 FUNNIEST MOMENTS OF HOSPITAL PLAYLIST S2 SO FAR

Zulaikha

A LOOK AT HAN SO-HEE’S K-DRAMA CHARACTER FASHION EVOLUTION

Zulaikha

Leave a Comment