Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Keputusan Anugerah Skrin 2016


Anugerah Skrin 2016

Drama FatinĀ terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd telah dipilih sebagai pemenang Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Jumaat.

Drama tersebut berjaya menumpaskan empat calon lain iaitu Bila Tiba Saatnya, Cermin Kasih, Hujan Malam Itu dan Rekah.

Pengarah drama tersebut, Razaisyam Rashid turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik (Drama) manakala Idham Mad Din menerusi Videografi Terbaik.

Bagi kategori filem, Filem Redha terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd telahĀ dipilih sebagai pemenang Filem Terbaik dan ia turut menggondol trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem), Namron.

Syamsul Yusof pula cemerlang dengan filem Munafik apabila dipilih sebagai pemenang Pengarah Terbaik (Filem).


Dalam pada itu, Beto Kusyairi memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) menerusi Ramadan Berteduh Syawal) manakala Tiz Zaqyah Pelakon Wanita Terbaik (Cermin Kasih).

Fazlina Ahmad Daud pula menggondol trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) menerusi Cermin Kasih dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) milik Jalil Hamid (Calon Syurga).

Kategori filem pula menyaksikan aktres terkenal, Maya Karin merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi penampilannya dalam filem Nota.

Namron pula dipilih penerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) hasil lakonan mantap dalam filem Redha.

Sementara itu, Fauziah Ahmad Daud merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) menerusi filem Langit Cinta dan Hushairi Husain yang popular dalam Polis Evo dipilih pemenang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem).

Erma Fatima pula membawa pulang dua trofi menerusi drama bersiri arahannya Mok Cun 2 iaitu Drama Komedi Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik.

Manakala Drama Rantaian Terbaik diterima oleh Wadi terbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd.

ASK2016 dihoskan oleh Alif Satar bersama lapan hos bersama iaitu Ammar, Mira Filzah, Issey, Ajak Shiro, Haiza, Sarimah Ibrahim, Azrel Ismail dan Puteri Aishah.

Pada acara itu juga turut memperlihatkan persembahan daripada Siti Elizad, Hazama, Indah Ruhaila, Faizal Tahir, Mark Adam dan Aizat.

Senarai Penuh Pemenang ASK2016:

1. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama)

Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)

2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama)

Jalil Hamid (Calon Syurga)

3. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik

Majalah Tiga (Wira Beret Semerah Hati)

4. Rancangan Hiburan Terbaik

Buskestra

5. Videografi Terbaik (Drama)

Idham Mad Din (Fatin)

6. Rancangan Bual Bicara Terbaik

Halaqah 2016 (Terlepasnya Ikatan Dajjal)

7. Laporan Khas Berita Terbaik

Berita TV9 (Pertemuan Semula Highland Towers)

8. Rancangan Realiti Terbaik

Let’s Cycle 2

9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)

Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)

10. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem)

Hushairi Husain (Polis Evo)

11. Lakon Layar Terbaik

Love Supermoon (Wan Hasliza)

12. Lakon TV (Skrip) Terbaik

Siti Jasmina Ibrahim (Rekah)

13. Drama Rantaian Popular Media Sosial

Kau Aku Kita (JS Pictures Sdn Bhd)

14. Penyunting Drama Terbaik

Izhar Masuri (Rekah)

5. Pelakon Wanita Terbaik (Filem)

Maya Karin (Nota)

16. Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)

Namron (Redha)

17. Rancangan Anugerah Terbaik

Anugerah Juara Lagu 30

18. Pelakon Wanita Terbaik (Drama)

Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)

19. Pelakon Lelaki Terbaik (Drama)

Beto Kusyairi (Ramadan Berteduh Syawal)

20. Drama Rantaian Terbaik

Wadi (Luqsar Kreatif Sdn Bhd)

21. Drama Komedi Terbaik

Mak Cun 2

22. Pelakon Komedi Terbaik

Erma Fatima (Mak Cun 2)

23. Pengarah Terbaik (Filem)

Syamsul Yusof (Munafik)

24. Pengarah Terbaik (Drama)

Razaisyam Rashid (Fatin)

25. Filem Terbaik

Redha (Current Pictures Sdn Bhd)

26. Drama Terbaik

Fatin (Balang Rimbun Sdn Bhd)


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee