Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Johnny Depp mungkin dipecat dari Fantastic Beasts 3 oleh Warner Bros. tetapi Dior terus berdiri dibelakang pelakon itu walaupun dia tewas dalam kes saman fitnah terhadap akhbar tabloid The Sun awal bulan ini.

Terbaru, Depp telah muncul dalam iklan untuk jenama cologne Sauvage yang disiarkan di United Kingdom semasa rancangan The Great British Bake Off, menunjukan bahawa dia akan kekal sebagai model untuk minyak wangi keluaran Dior. Dikhabarkan, Depp dibayar antara $3 juta hingga $5 juta untuk iklan tv itu. 

Menyedari bahawa Dior enggan untuk memecat Depp dengan cara yang sama seperti yang dilakukan oleh Warner Bros., peminat pelakon itu dengan pantas melompat ke media sosial untuk menyuarakan sokongan mereka terhadap syarikat itu.

Johnny Depp masih menjadi wajah Sauvage, kerana Dior tidak bodoh. Jadilah seperti Dior,” antara tweet peminat, termasuk hashtag #JusticeForJohnnyDepp.

Melihat kepada sokongan peminat terhadap Depp, satu tinjauan pendapat telah dibuat oleh The Chic Geek, yang mengatakan adakah Dior harus mengekalkan Depp sebagai model iklan mereka. Dengan 2,289 undian, 96.9% mahu agar Dior terus kekalkan Depp, manakala 2.8% mengundi “Tidak”

Namun, tidak semua gembira melihat Depp muncul di televisyen. Menurut jurucakap Lembaga Piawaian Pengiklanan, sebanyak 11 aduan telah diterima, dengan salah satunya merasakan “Depp seharusnya tidak muncul dalam iklan selepas dia tewas dalam kes mahkaman”. 

Aduan tersebut bagaimanapun tidak menghalang penjualan minyak wangi Dior. Carian Sauvage di Internet menunjukkan peningkatan sebanyak 23%, dan cologne itu juga menjadi antara jualan paling laris di The Fragrance Shop dan The Perfume Shop.

Jelas sekali, banyak peminat Depp mahu membantu dan menyokongnya, lebih-lebih lagi selepas dia tewas dalam kes saman fitnah yang mana ia meletakkan kerjaya lakonannya dalam bahaya. 

Drama diantara Depp dan bekas isterinya, Amber Heard bermula pada 2018 apabila Heard mendakwa dia adalah mangsa keganasan rumah tangga. Sebuah artikel yang diterbitkan oleh The Sun kemudian menyebut Depp sebagai “pemukul-isteri.”

Pada masa itu, Disney dilaporkan telah memecat Depp dari peranannya sebagai Captain Jack Sparrow dalam siri filem Pirates of the Caribbeans. Sejak itu, Depp telah mengemukakan tuntutan terhadap Heard dan The Sun atas tuduhan tersebut, namun dia tewas dalam kes saman dan menyebabkan dia dipecat dari peranannya dalam Fantastice Beasts 3 sebagai Gellert Grindelwald.

Sumber: The Guardian.

Related posts

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Christian Bale Botakkan Kepala Demi Wataknya Dalam Filem “Thor: Love & Thunder”

Kakimuvee