Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

3 Primeworks Studios Ke Pasaran Global

primeworks-studios

Karya-karya terbitan Primeworks Studios seperti filem, program televisyen dan animasi telah memberikan kejayaan besar kepada syarikat produksi tersebut, bukan saja industri tempatan, malah juga di beberapa negara lain.

Dan akan datang, syarikat produksi tersebut bakal memperkenalkan tiga filem terbaru mereka iaitu J Revolusi, Pulang dan Kau Takdirku kepada penonton tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar berkata, tiga filem berkenaan bukan sahaja untuk pasaran tempatan, ianya turut akan dipasarkan ke beberapa negara lain.

“Bukan saja program televisyen, kami kini mahu fokus memperkenalkan karya buatan anak seni tanah air ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Izham berkata, setiap karya dihasilkan untuk pasaran antarabangsa perlu menekankan kualiti jalan cerita dan produksi agar dapat memenuhi kehendak penonton.

“Tiga filem berkenaan mengetengahkan kisah unik yang bukan klise. Menghasilkan cerita seperti ini ada risikonya kerana mungkin ada cita rasa penonton tempatan namun, produksi perlu berani menyahut cabaran.

“Justeru, masyarakat perlu lebih terbuka minda, pada masa sama kami perlukan karyawan ‘gila’ yang berani mencuba sesuatu baru,” katanya.

J Revolusi

Filem lakonan Zul Ariffin, Izara Aishah dan Nur Fazura ini mengisahkan seorang anggota Unit Tindak Khas menarik diri daripada misinya demi menyelamatkan kakaknya yang ditangkap Kingpin.

Pada masa sama, Jay dimanupulasi untuk melumpuhkan anggota Unit Tindak Khas namun mendapatinya terperangkap dalam penipuan misteri membabitkan Kingpin.

Pulang

Bagi menunaikan hajat terakhir neneknya, seorang pemuda perlu mencari kebenaran di sebalik kehilangan datuknya di laut.

Ini kerana lelaki itu berjanji untuk pulang ke pangkuan keluarga dan cinta hati neneknya.

Menariknya, filem ini berdasarkan kisah sebenar dan memfokuskan hasrat dua lelaki yang ingin kembali ke kampung halaman.

Kau Takdirku

Dalam diam, Kamar memendam cintanya terhadap adik perempuan angkatnya yang sudah mendirikan rumah tangga dengan rakan baiknya, Harris.

Selepas Harris hilang di lautan, Kamar berkahwin dengan wanita itu di atas permintaan pihak keluarga.

Namun, situasi menjadi rumit apabila Harris tiba-tiba muncul

Related posts

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee

Video Featurette “F9” Tunjuk Kesan Praktikal Yang Luar Biasa

Kakimuvee