Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Sempena sambutan Hari Disney+ Hotstar, siri aslil Disney dan Pixar, Cars on the Road, akan debut secara eksklusif di perkhidmatan penstriman pada 8 September 2022.

Tonton treler baharu, poster utama dan imej untuk Cars on the Road sekarang.


Siri asli ini mengikuti Lightning McQueen (disuarakan oleh Owen Wilson) dan kawan baiknya Mater (disuarakan oleh Larry the Cable Guy) ketika mereka menuju ke timur dari Radiator Springs dalam perjalanan merentas desa untuk bertemu dengan kakak Mater.

“Siri ini adalah perjalanan di seluruh negara dengan Lightning McQueen dan Mater,” kata pengarah Steve Purcell. “Seperti mana-mana perjalanan jalan raya yang sebenar, setiap hari adalah pengembaraan mini baharu dengan liku-liku yang tidak dijangka.”

Cars on the Road diterbitkan oleh Marc Sondheimer. Episod siri ini diarahkan oleh Steve Purcell (Eps 1, 2, 8), Bobby Podesta (Eps 5, 6, 9) dan Brian Fee (Eps 3, 4, 7). Komposer Jake Monaco mencipta skor untuk kesemua sembilan episod.

Disney+ Hotstar Day akan kembali pada hari Khamis, 8 September 2022, dan ia merupakan sebahagian daripada D23 Expo: The Ultimate Disney Fan Event yang dipersembahkan oleh Visa di Anaheim, CA.

Bagi meraihkannya, perkhidmatan penstriman akan menganjurkan pengalaman istimewa untuk peminat dan pelanggan, dan akan menayangkan kandungan baharu daripada jenama marqueenya – Disney, Pixar, Marvel, Star Wars dan National Geographic.

Related posts

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Chad Stahelski Mahu Filem “Ghost of Tsushima” Dibuat Dalam Bahasa Jepun

Kakimuvee

Leave a Comment