Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaStreaming

Netflix Umum Tarikh Tayangan D.P. Musim 2


Netflix telah mendedahkan tarikh tayangan drama popular D.P. musim 2 iaitu pada 28 Julai ini. 

Berdasarkan webtoon, “D.P.” (singkatan untuk Deserter Pursuit) ialah siri tentang skuad tentera khas yang dihantar untuk mengejar tentera yang meninggalkan tugas tanpa kebenaran.

Musim kedua akan menyaksikan kepulangan Jung Hae In dan Goo Kyo Hwan sebagai anggota unit D.P., An Jun Ho dan Han Ho Yeol, Kim Sung Kyun sebagai Sarjan Park Beom Gu, dan Son Suk Ku sebagai Leftenan Lim Ji Seop.

Ia akan menampilkan pendatang baru siri iaitu Ji Jin Hee, Kim Ji Hyun, dan Choi Hyun Wook. Pengarah musim pertama, Han Jun Hee turut kembali berkhidmat untuk musim kali ini.

Jung Hae In berkata, “Ia adalah projek yang merupakan kesinambungan daripada Musim 1. Masih ada cerita dan bahagian yang belum selesai yang perlu diselesaikan, jadi penonton akan dapat melihat cerita yang lebih padat dan mendalam.”


Anda boleh lihat poster D.P. musim 2 dibawah:


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Produksi The Last of Us Musim 2 Dijangka Bermula Pada Awal 2024

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee