Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaStreaming

Im Siwan Dilaporkan Akan Menerajui Musim 2 ‘Squid Game’


Aktor Im Siwan dilaporkan akan membintangi Musim 2 siri Original Netflix Squid Game, lapor Starnews (melalui Soompi). 

Laporan itu dibuat timbul pada hari ini, namun sumber dari Netflix Korea tidak dapat mengesahkan laporan tersebut. 

“Kami buat masa ini tidak boleh mengesahkan laporan mengenai pencarian pelakon ‘Squid Game’ Musim 2,” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jurucakap Netflix. 

Agensi Im Siwan, PLUM A&C turut tidak dapat mengesahkan laporan tersebut.

Pada bulan Jun tahun lalu, pengarah, penulis dan penerbit eksekutif Squid Game, Hwang Dong Hyuk berkongsi mesej istimewa mengenai musim 2 kepada peminat. 


Dia mengesahkan bahawa Lee Jung Jae dan Lee Byung Hun akan mengulangi watak masing-masing sebagai Gi Hun dan Frontman dalam Musim 2—dan dia juga mengusik bahawa Gong Yo mungkin akan kembali meneruskan peranannya.

Kos pengeluaran untuk Squid Game 2 dilaporkan mencecah 100 bilion won (kira-kira AS$78 juta), dan selepas menamatkan pencarian pelakon, penggambaran dilaporkan akan bermula pada musim panas dengan sasara tayangan Musim 2 pada 2024.

Squid Game merupakan siri permainan survival misteri dengan peserta ditawarkan ganjaran 45.6 bilion won (kira-kira $40 juta). Lee Jung Jae dan Park Hae Soo memainkan watak dua kawan zaman kanak-kanak yang akhirnya menyertai permainan—hanya untuk mengetahui bahawa terdapat lebih banyak perkara yang dipertaruhkan daripada hadiah wang.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Raikan Musim Raya Dengan Rancangan Menarik Di Prime Video April Ini!

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee