Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

THE FLASH: Sasha Calle Ada Merakamkan Adegan R-rated, Tetapi Telah Dipotong


Peranan Sasha Calle sebagai Supergirl dalam filem The Flash benar-benar mencuri perhatian penonton. 

Namun, rata-rata peminat DC tidak puas melihat adegannya didalam filem tersebut memandangkan dia hanya mempunyai masa-skrin yang agak singkat. 

Melihat peranannya dalam filem tersebut, watak Calle dilihat seperti mempunyai peranan yang lebih besar, dan pelakon juga mengesahkan bahawa dia mempunyai banyak adegan yang tidak dimasukkan dalam versi pawagam. 

Bercakap kepada Collider, Calle membincangkan tentang latihan intensif dan aksi-aksi lasak yang dilakukannya demi melakonkan watak Girl of Steel.

Dia juga menyebut, adegan aksi di Silo (dimana The Flash dan Batman datang menyelamatkan Kara dari penjara tentera Rusia) pada asalnya memiliki durasi yang agak panjang – dan beberapa adegan ‘R-rated’ yang telah dipotong. 


Dalam adegan itu, Kara benar-benar menunjukkan kemarahan kepada orang-orang yang telah mengurungnya, jadi kita boleh bayangkan betapa lebih kejamnya Supergirl jika adegan ini dibiarkan.

Diharapkan, kita akan dapat melihat kehebatan sebenar Supergirl apabila The Flash mengeluarkan Blu-raynya nanti.

“Barry Allen / The Flash mengembara ke masa lalu untuk menghalang pembunuhan ibunya, yang menyebabkan dia terperangkap dalam realiti alternatif tanpa metahuman,” menurut sinopsis.

Dia meminta bantuan Batman dan Supergirl daripada realiti alternatif untuk menyelamatkan dunia barunya itu daripada Jeneral Zod dan kembali ke alam semestanya”

The Flash menampilkan Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen/ The Flash. Watak Speedster itu pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League

Menyertai Miller adalah Kiersey Clemons sebagai Iris West, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Sasha Calle sebagai Supergirl, dan Ron Livingston sebagai Henry Allen.

The Flash kini ditayangkan di pawagam.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee