Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

George Clooney & Julia Roberts Kembali Bergandingan Dalam Filem Rom-Com “Ticket to Paradise”

Pemenang Oscar George Clooney (Argo, Syriana, Michael Clayton) dan Julia Roberts (Erin Brockovich, August: Osage County, Homecoming) kembali bergadingan dalam filem rom-com terbaru berjudul “Ticket to Paradise“, lapor Deadline

Filem tersebut akan diarahkan Ol Parker (Mamma Mia! Here We Go Again, Now Is Good) untuk Universal Pictures dan Working Title.

Clooney dan Roberts akan memainkan peranan pasangan bercerai yang bekerjasama dan pergi ke Bali untuk menghentikan anak perempuan mereka daripada melakukan kesalahan yang sama seperti yang mereka lakukan 25 tahun yang lalu.

Parker turut menghasilkan skrip bersama-sama Daniel Pipski. Wakil Working Title, Tim Bevan dan Eric Fellner akan menjadi penerbit bersama Sarah Harvey dan Deborah Balderstone. Clooney dan Roberts turut bertindak sebagai penerbit. 

Kedua-dua bintang utama itu pernah bergandingan dalam trilogi “Ocean’s Elevens”, serta “Money Monster” arahan Jodie Foster yang diterbitkan pada 2016. Penggambaran “Ticket to Paradise” dijangka bermula hujung tahun ini.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment