Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse 2” Cipta Rekod Peribadi Untuk Musim Kedua


Drama “The Penthouse 2” terus menarik lebih banyak penonton!

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod ketiga “The Penthouse 2” telah mencatatkan purata rating sebanyak 18.9 peratus dan 22.3 peratus untuk dua bahagiannya, sekaligus mencipta rekod peribadi untuk musim kedua.

Sementara itu, episod ketiga drama terbaru JTBC “Beyond Evil” telah merekodkan purata rating sebanyak 4.3 peratus.

The Penthouse ditetapkan di apartment penthouse 100 tingkat yang mewah, dan musim pertama menampilkan tiga pelakon wanita sebagai watak utama: “ratu” penthouse Shim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), “prima donna” Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) yang tidak akan berhenti untuk mendapatkan apa yang dia mahukan, dan Oh Yoon Hee (Eugene) yang akan melakukan apa sahaja untuk memasuki dunia masyarakat tinggi.

Beyond Evil adalah drama psikologikal thriller yang dibintangi Yeo Jin Goo dan Shin Ha Kyun, dua lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja dan melanggar undang-undang untuk memburu pembunuh bersiri. Drama ini diarahkan oleh Shim Na Yeon (Moment of Eighteen) dan ditulis Kim Soo Jin (Mad Dog).



Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee