Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

George Clooney & Scarlet Johansson Dahului Senarai Pelakoan Yang Menerima Pendapatan Paling Tinggi 2018


2018 menyaksikan beberapa pelakon terkenal Hollywood berada dikedudukan senarai 10 teratas yang menerima pendapatan puluhan sehingga ratusan juta dolar.

Menurut senarai yang dikeluarkan Forbes, George Clooney mendahului senarai pendapatan tertinggi untuk pelakon lelaki manakala bintang Avengers: Endgame, Scarlet Johansson berjaya mengatasi jumlah pendapatan pelakon-pelakon wanita lain untuk berada di tangga pertama.

Walaupun tidak membintangi mana-mana filem sejak 2016, pendapatan beliau pada 2018 kebanyakkannya datang dari penjualan syarikat Casamigos Tequila miliknya kepada syarikat pembuat minuman beralkohol, Diageo plc yang mencecah angka $1 billion dolar. Ini bermakna beliau menerima pendapatan sebanyak $239 juta dolar Amerika sebelum cukai dari penjualan  Casamigos, termasuk pendapatannya dari filem-filem lama lakonannya.

Dibelakang Clooney adalah bintang filem terkenal, Dwayne Johnson yang menerima pendapatan sebanyak $124 million dolar pada tahun lalu. Lebih menarik, selain menerima bayaran dari filem lakonannya Jumanji: Welcome to the Jungle, pendapatan beliau turut datangnya dari media sosial.

Sementara itu, lakonannya dalam filem-filem Marvel meletakkan Scarlet Johansson berada di tangga teratas dalam senarai pelakon wanita yang menerima pendapatan tertinggi. Dengan pendapatan sebanyak $40.5 juta dolar, beliau berjaya mengatasi pendapatan yang diterima Angelina Jolie (No. 2; $28 juta) dan Jennifer Aniston (No. 3; $19.5 juta). Sejumlah besar pendapatan Jolie pada tahun lalu datangnya dari bayaran pendahuluan untuk lakonannya dalam filem Maleficent 2 manakala Jennifer Aniston menerusi kerjayanya sebagai ahli perniagaan dan penerbit.


Berikut adalah senarai 10 teratas pendapatan paling tinggi pelakon lelaki dan wanita.

Pelakon Lelaki

10. Chris Evans: $34 Juta
9. Salman Khan: $38.5 Juta
8. Adam Sandler: $39.5 Juta
7. Akshay Kumar: $40.5 Juta
6. Will Smith: $42 Juta
5. Jackie Chan: $45.5 Juta
4. Chris Hemsworth: $64.5 Juta
3. Robert Downey Jr.: $81 Juta
2. Dwayne Johnson: $124 Juta
1. George Clooney: $239 Juta

Pelakon Wanita

10. Gal Gadot: $10 Juta 
9. Melissa McCarthy: $12 Juta
8. Cate Blanchett: $12.5 Juta
7. Julia Roberts: $13 Juta
6. Mila Kunis: $16 Juta
5. Reese Witherspoon: $16.5 Juta
4. Jennifer Lawrence: $18 Juta
3. Jennifer Aniston: $19.5 Juta
2. Angelina Jolie: $28 Juta
1. Scarlett Johansson: $40.5 Juta


Related posts

George Clooney Mungkin Kembali Untuk Satu Lagi Filem Terbaru OCEAN’S

Kakimuvee

Christian Bale Enggan Membuat Penampilan Cameo Dalam Filem The Flash

Kakimuvee

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee