
Dalam babak terakhir The Flash, Barry Allen menyedari bahaya dalam usaha terakhirnya untuk membentulkan jalur masa, dia perlu membenarkan ibunya dibunuh.
Namun, dia membuat sedikit perubahan pada masa lalu yang membolehkan membantu bapa dari dikenakan hukuman kerana dipercayai membunuh ibunya.
Dikala dia menyangkakan bahawa jalur masa telah kembali ke asal, dan dalam masa yang sama dapat membantu kes mahkamah bapanya, dia menyedari bahawa jalur masa masih tidak kembali ke normal selepas melihat Bruce Wayne yang dilakonkan oleh George Clooney, bukannya Ben Affleck.
Penghujung filem The Flash itu telah mengalami beberapa perubahan disebabkan visi yang berbeza dari pegawai-pegawai eksekutif DC Studios. Yang terakhir, yang penonton lihat di pawagam adalah versi James Gunn dan Peter Safran, sewaktu mereka dipilih menjadi ketua bersama DC Studios.
Gunn dan Safran mengemukan idea untuk menyenaraikan Clooney dalam penampilan cameo tersebut, tetapi pelakon itu bukanlah pilihan pertama mereka.
Seperti yang didedahkan Kevin Smith dalam video dibawah, Warner Bros. dipercayai telah cuba mendapatkan Christian Bale untuk kembali meneruskan peranannya sebagai Bruce Wayne dari versi trilogi The Dark Knight.
Namun pelakon itu menolak dan berkata, dia tidak akan meneruskan peranan Batmanya tanpa Christopher Nolan. Dan keenggannya itu menyebabkan mereka beralih kepada George Clooney.
@moviemaniacs Christian Bale refused to be in The Flash
♬ original sound – Movie Maniacs
“Barry Allen / The Flash mengembara ke masa lalu untuk menghalang pembunuhan ibunya, yang menyebabkan dia terperangkap dalam realiti alternatif tanpa metahuman,” menurut sinopsis.
Dia meminta bantuan Batman dan Supergirl daripada realiti alternatif untuk menyelamatkan dunia barunya itu daripada Jeneral Zod dan kembali ke alam semestanya”
The Flash menampilkan Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen/ The Flash. Watak Speedster itu pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League.
Menyertai Miller adalah Kiersey Clemons sebagai Iris West, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Sasha Calle sebagai Supergirl, dan Ron Livingston sebagai Henry Allen.
The Flash kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan