Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Set Penggambaran Ghostbusters 2020 Paparkan Pandangan Pertama Kenderaan Ecto-1


Ghostbusters

Produksi filemĀ Ghostbusters 2020Ā sedang rancak berjalan, dan beberapa gambar terbaru dari set penggambaran telah tular di media-media sosial. Antara yang kelihatan adalah kenderaan ikonik Ecto-1 yang digunakan oleh anggota Ghostbusters dan mural yang memaparkan Stay Puft Marshmallow Man.

Anda boleh lihat gambar-gambar terbaru itu dibawah.

Ghostbusters 2020Ā dibintangi pelakon kanak-kanak Mckenna Grace, Carrie Coon, Finn Wolfhard dan Paul Rudd yang akan memainkan peranan sebagai seorang guru. Pelakon asal siri ini iaitu Sigourney Weaver, Annie Potts serta beberapa pelakon lain turut disahkan akan kembali membawakan peranan mereka dalam filem terbaru ini

Plot rasmi masih belum didedahkan, tetapi dikhabarkan, penceritaannya akan tertumpu kepada seorang ibu tunggal dan keluarganya dimana Coon akan memainkan peranan sebagai seorang ibu kepada karakter lakonan Mckenna Grace dan Finn Wolfhard.

Jason Reitman bertindak selaku pengarah, mengantikan tempat ayahnya Ivan Reitman yang mengarahkan dua filem awal. Ivan Reitman akan bertindak selaku penerbit. Reitman juga turut menulis filem ini bersama-sama Gil Kenan.


Filem terbaruĀ GhostbusterĀ ini dijangka akan menemui penonton pada 10 Julai tahun hadapan.

https://www.instagram.com/p/B0yghz4gB6s/?utm_source=ig_web_copy_link

https://www.instagram.com/p/B0qpOgEFpQV/?utm_source=ig_web_copy_link


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

9 Filem Seram Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Kakimuvee

8 Filem Seram Yang Mempunyai Plot Twist Yang Tidak Dijangka

Natasha

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee